Label 10

Home » » LAGU JANJI D TEPATI ADALAH CIPTAAN ORIGINAL !! - RAIS YATIM

LAGU JANJI D TEPATI ADALAH CIPTAAN ORIGINAL !! - RAIS YATIM

Written By AAKJ on Friday, August 3, 2012 | 6:30 PM





Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, sebuah panel khas ditubuh bagi menentukan keaslian lagu tema sambutan Hari Kemerdekaan.
Sehubungan itu, beliau meminta pembangkang supaya jangan membuat tuduhan secara sembarangan. 

"Panel khas ditubuh bagi menentukan betulkah lagu Janji Ditepati (sempena sambutan) merdeka tu lagu tiruan. Pembangkang jangan pandai tuduh saja," kata beliau dalam satu mesej menerusi twitter pagi ini. 

Dalam mesej twitter terdahulu, dihantar sekitar jam 7 pagi tadi, Rais menulis, "penggubah lagu Janji Ditepati menafikan mereka menciplak. Harap tiada isu lagi."

Di sebalik kontroversi berkenaan dengan lagu tema dan juga tema Hari Kemerdekaan, Rais berkata, semangat patriotik menyambut kemerdekaan seharusnya mengatasi kepentingan fahaman politik sempit.

Laporan Bernama semalam memetik penggubah lagu itu, Jasnie Mohd Yaakub berkata, lagu 'Janji Ditepati' masih dalam peringkat pengolahan dan belum dimuktamadkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos ini. 

Beliau berkata, lagu itu merupakan karya asli beliau bersama dua komposer lain iaitu Arman E Six dan Aye. Justeru, beliau menafikan persamaan lagu itu dengan sebuah lagu kerohanian dari Indonesia. 

"Lagu ini belum finalise lagi. Kami olah dari peringkat ke peringkat sehingga ke tahap terakhir. Jika sudah diluluskan untuk ke peringkat final, baru kami akan muktamadkan.
"Ilham lagu ini datang secara tiba-tiba, (kami) tak ikut mana-mana lagu pun," katanya. 

Jasnie, yang juga penerbit dan pengarah muzik di Erama Records, menjelaskan beliau hanya mengetahui kewujudan lagu yang didakwa sesetengah pihak sebagai hampir sama dengan lagu 'Janji Ditepati' kelmarin dan mendengar melodinya semalam.
Beliau menafikan terdapat sedikit persamaan kord dan rentak tetapi bukan dari sudut melodi lagu. 

Kontroversi persamaan lagu tema Hari Kemerdekaan dengan lagu negara jiran itu dibangkitkan penulis blog beberapa hari lepas selain ia dimuat naik dalam 'Youtube'.
Jasnie menegaskan bukan mereka yang memuat naik lagu 'Janji Ditepati' di 'Youtube' kerana ia belum muktamad lagi.
Share this article :

+ comments + 1 comments

August 3, 2012 at 6:53 PM

Suara rakyat diberi keutamaan. Janji ditepati. Syabas

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger