Syed Hussein Al-Attas aka Pak Habib yang juga ayah kepada pengkaji aktiviti paranomal, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berkata, beliau serta seluruh ahli keluarga menerima berita mengenai penahanan anaknya itu dengan begitu tenang.
Meskipun pihak polis sehingga kini mereka sekeluarga tidak dimaklumkan apa-apa daripada pihak berkuasa, dan tidak sedikit pun merasa bimbang.
Malah penulis buku politik terkenal ini berkata, tidak banyak yang boleh dilakukan sebaliknnya membiarkan pihak polis menjalankan siasatan ke atas anaknya itu mengikut prosedur yang sewajarnya.
"Apa yang saya boleh katakan lagi? Kami boleh buat apa? Bila polis dah tahan dia dan simpan pula dia di Johor Bharu. Cuma apa yang membuatkan saya tertanya-tanya ialah dia di tahan di Senawang tapi macam mana pula dia boleh dibawa kesana", ujar Syed Hussein Al-Attas kepada Malaysian Digest ketika dihubungi sebentar tadi memintanya mengulas mengenai isu terbabit.
Kelmarin, media melaporkan Uncle Seekers dan teman wanitanya ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang didakwa memfitnah sekaligus mengaibkan Sultan Johor Sultan Ibrahim.
Kedua-dua mereka ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya pada kira-kira pukul 9.45 malam tadi di Tol Senawang, Negeri Sembilan untuk siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia rasmi 1972.
Menyifatkan anaknya sebagai seorang yang berani, pun begitu Pak Habib dan keluarga mengharapkan agar Uncle Seekers berada dalam keadaan yang baik dan selamat.
"Bila dapat tahu berita itu, kami biasa saja. Tak panik. Macam nilah, ini satu permulaan bagi dia (Uncle Seeker), dia bukan manusia pertama yang ditahan dalam Malaysia ni.
"Kalau kami cakap banyak pun bukan boleh menyelesaikan masalah."
"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah"
"Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak, bukan. Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja."
"Mana ada blog-blog lain yang berani lawan dengan raja. Kalau ada pun isu yang baru-baru ni timbul, dah diarahkan minta ampun. Jadi, kami tunggu sajalah. Tuhan lebih mengetahui" tambahnya lagi.
AAKJ ; Lain macam bunyi hang ni syed..sabar je lah..berani buat berani tanggung.."berani" ni subjektif..bukan d ukur dengan caci maki orang tu maka d chop berani..aakj ludoh je nik aziz dalam FB dab Blog..berani ke tu atau sekadar luahan rasa amarah ?
orang cabang tok senik royat...ikut resmi padi...
source :http://malaysiandigest.com
+ comments + 8 comments
alahai melebih2 pulak AAKJ ni bab nak bela sultan Johor tu...pada pada la nak bodek pon jgn la nampak sgt melebih2
hahahaha caci dan maki la dol..aku nak tengok..letak gambar mung dan caci amirulmukminin hahahah nak kipas anjing mana mung ni dol..
sedap jugak ayat anjing tu..kadang2 tulisan hang nampak cam alim tapi bahasa kotor jugak last last..takdak beza la ngan uncle seeker dia pon bahasa boleh tahan jugak hahaha....aku tak dak nak bodek sapa sapa cuma aku rasa hang nampak cam melampau sket nak kaitkan bapak si uncle seeker tu....itu hak dia la sbb anak dia mesti la dia nak kena bela anak dia...yg hang nak perli si bapak dia apahal pulak...aku pon bukan suka sgt kat si uncle seeker tu tapi aku baca blog dia dari mula dia start part 1...lama sebelum kecoh kes nizar tu..kalau hg nak kondem nizar ok la sbb hampa sama sama org politik...blog uncle seeker bukan blog politik...aku cakap hang nampak cam bodek kuat sbb hang kaitkan si bapak yg nak bela anak dia sekali dalam kes ni....
kasaq jugak hang reply no hahaha...tersentap aku sbb aku igt hg ni cam alim
hahaha yang suka ngaku alim ni puok pas boddo je dol..mana boleh bagi muka anjing yang cuba lawan amir..tak perlu alim kalau setakat nak pijak anjing dol huhu
Hahahaahaha... Kena pijak tersentap?? Miahahaahahaha.
Anak beranak perderhaka kepada sultan!
ceh 2 x 5 saja blog ni ngan blog pembangkang lain
MULA MULA DOL NI KATA AKU KIPAS SULTAN..BILA AKU PIJAK ANJING YANG KURANG AJAR DIA PLAK EMO HAHAHA GILAA KE APA NIH HAHAHA
Post a Comment