KUALA LUMPUR 9 Julai - Tindakan Pembangkang yang gemar memburukkan Pemimpin BN termasuklah dari kalangan isteri Pimpinan parti komponen tersebut sudah menjadi lumrah demi menawan Kerajaan Pusat pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.
Penaung PERMATA Negara, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor menjelaskan, tindakan tersebut sedikitpun tidak mencacatkan usaha beliau dalam memastikan program murni yang beliau terajui itu memberi khidmat kepada masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.
"Sekarang ini nak minta Bajet lebih sikit dari Kerajaan (untuk buka Pusat Anak PERMATA Negara) pun, Kerajaan kata tak boleh. Minta sahaja dekat Parlimen, 'orang belah sana' kata Itu Rosmah punyalah tu", katanya dalam Ucapan Perasmian Pusat Anak PERMATA Negara kawasan Kerinchi di sini hari ini.
Beliau turut menyatakan rasa kesal kerana Program PERMATA adalah sangat murni dalam mendidik anak-anak kecil dengan pelbagai pendedahan menerusi modul-modul yang diterapkan. Pembangkang katanya lagi hanya pandai menabur janji akan tetapi tidak mampu melaksanakan sepenuhnya terutamanya dalam menjalankan program-program berbentuk bimbingan masyarakat.
Namun beliau mengambil langkah membiarkan sahaja tindakan Pembangkang tersebut kerana program PERMATA adalah satu langkah positif dalam melahirkan generasi yang lebih berwawasan demi masa depan Negara.
Sambil tidak mengendahkan pandangan Pembangkang, isteri Perdana Menteri itu berharap agar program PERMATA dapat memberi sokongan penuh dari kesemua masyarakat di Negara ini.
Turut hadir pada Majlis tersebut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan isteri.
Majlis Perasmian yang dihadiri hampir 2 ribu masyarakat tempatan turut diserikan dengan persembahan dari kanak-kanak didikan Pusat Asuhan tersebut.
+ comments + 1 comments
usah hirau kan ape yang pembangkang kata kan tu datin..mereka bengang tengok kebaikan yang telah datin tabur kan...usah di layan orang yang tak de otak...:))
Post a Comment