Label 10

Home » » SELANGOR !! TANAH MILIK RAKYAT AKAN D JUAL SEGERA ?!! MODAL PRU 13 ?!!

SELANGOR !! TANAH MILIK RAKYAT AKAN D JUAL SEGERA ?!! MODAL PRU 13 ?!!

Written By AAKJ on Monday, July 2, 2012 | 8:30 PM


Taman Kekal Pengeluaran Makanan Hulu Yam Terabai

Lawatan kerja Mymassa di projek Selangor Veggie Park di Hulu Yam, Selangor memberi gambaran yang sangat jelas betapa Kerajaan Negeri di bawah pimpinan DAP gagal membantu rakyat dalam memajukan dan meningkatkan pendapatan mereka. Mymassa agak terkejut melihat tapak-tapak projek yang terbiar hanya dipenuhi lambakan sampah-sarap, projek-projek terbengkalai dan usang tidak bermaya.

Pengerusi Persatuan Pekebun Sayur Ulu Yam, Nordin Hashim, 59, ketika dihubungi sebuah portal berita menyatakan, "sejak ditubuhkan empat tahun lalu, TKPM Hulu Yam yang berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, belum mempunyai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya yang sempurna"
Beliau berkata, pihaknya pernah membawa perkara itu ke pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Negeri, Yaakob Sapari tetapi tiada sebarang perkembangan sehingga hari ini.


Tidak Terurus

Kerajaan Negeri Gagal Membantu

Projek Terbengkalai

Kawasan Projek Dipenuhi Sampah


Pudar Tanda Lesu Di Bawah Kerajaan DAP Negeri Selangor



Terbiar

Kerajaan Selangor Tidak Peduli

Tidak Bermaya

Beliau dipetik berkata lagi, "janji kerajaan negeri untuk membantu mereka bukan perkara baru, malah sejak gabungan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor pada Mac 2008, tiada seorang pun wakil kerajaan negeri datang ke ladang itu"
"Sudahlah mereka tak datang jenguk, kami dengar sekarang ini mereka ingin menjual pula tanah ini. Lagi la susah hati," kata Nordin.
TKPM yang dikenali sebagai "Selangor Veggie Park" diusahakan oleh 37 peserta dari seluruh Selangor di tanah seluas 220 hektar milik Permodalan Negeri Selangor Berhad.
TKPM adalah sebuah ladang tanaman sayuran berdaun dan perikanan akuakultur. Setiap peserta mengusahakan antara dua dan 10 hektar tanah yang disewakan kepada mereka dan dipantau oleh Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor.

Kawasan Sampah

Masih Dipenuhi Sampah

Kerajaan Negeri Tidak Mampu

Lautan Sampah


Barangkali Kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai DAP tidak berminat untuk membantu masyarakat kampung, maka Kerajaan negeri sebelum ini dilaporkan menawarkan untuk menjual tanah itu kepada kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada harga RM35 juta.
Menteri Asas Tani YB Dato' Noh Omar berkata, sekiranya kerajaan negeri tidak berminat memajukan kawasan itu, ia boleh menyerahkannya kepada kerajaan persekutuan untuk menguruskannya.
Pada majlis itu, beliau menyerahkan peruntukan RM1.28 juta kepada petani serta RM400,000 kepada enam persatuan penanam sayur sekitar kawasan Parlimen Hulu Selangor di bawah peruntukan insentif amalan teknologi pertanian.
Ditanya sama ada pemberian itu berkaitan dengan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor 25 April ini, Nordin berkata, sebagai pengerusi beliau hanya inginkan yang terbaik buat peserta dan sebagai peladang mereka tidak terlalu memikirkan mengenai politik.
"Kita sebagai pekebun tidak terlalu memikirkan tentang politik. Soal pilihan raya letak tepi dulu. Yang penting masalah kami selesai. Siapa yang bantu kami kekalkan produktiviti, insyaAllah orang itu akan kami sokong,"katanya.
Pendapat sama disokong rakannya yang juga pengusaha ladang, Choo Kok Haing, 57, yang menyifatkan peruntukan itu adalah berlandaskan tanggungjawab dan tidak boleh dipandang dari sudut politik semata-mata.
"Semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab, tidak kira sama ada kerajaan negeri ataupun kerajaan pusat," katanya.
Berita lanjut di BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger