Dalam cuba mempertahankan tindakan kerajaan Selangor membeli tanah milik Talam yang 80% daripadanya berada di bawah air, Menteri Besar Khalid Ibrahim dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua telah menipu rakyat Malaysia dan Selangor khasnya dengan mendakwa Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti telah membuat penilaian mengenai harga tanah tersebut.
Pendek kata DAP dan kerajaan negeri Selangor cuba mempertahankan keputusan pembelian tanah yang lerlebih harga dan tidak mendatangkan keuntungan itu dengan cuba menjual nama Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti.
Gambaran yang cuba diberikan, pembelian itu adalah sah kerana telah diberi penilaian oleh pihak yang sepatutnya.
Bagaimanapun semuanya berubah pada 12 Julai lepas apabila Trinity Corporation Berhad (nama lamaTalam Corporation Berhad) mengeluarkan notis kepada Bursa Saham bahawa kenyataan Khalid Ibrahim dan Tony Pua yang merujuk Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti sebagai pihak yang menilai dan memberi kelulusan kepada pembelian tanah di Bestari Jaya itu adalah TIDAK BENAR.
Rujukan boleh dilihat di http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1010201
Ini seterusnya menimbulkan persoalan mengenai kredebiliti kedua-dua pemimpin tersebut yang berani menipu rakyat dalam mempertahankan tindakan tidak beretika yang dilakukan mereka, semata-mata untuk menutup kecurangan dalam pentadbiran kerana membelanjakan wang rakyat Selangor dengan sewenang-wenangnya untuk tujuan yang tidak selari dengan kepentingan rakyat.
Kita perlu ingat, sebelum 2008, Talam Corporation yang berhutang dengan kerajaan Selangor, tetapi apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri selepas itu, sebaliknya pula yang berlaku – kerajaan negeri pulak berhutang untuk menyelesaikan masalah hutang Talam dengan tindakan Menteri Besar Incorporated (MBI) membeli hutang-hutang Talam dengan beberapa anak syarikat kerajaan negeri bernilai RM 392 juta.
Itu baru yang tunai, urus niaga lain melibatkan pemindahan aset hartanah bernilai RM 676 juta yang antaranya melibatkan pembelian tanah yang dijadikan isu sekarang inilah.
Dan sementara Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor cuba meyakinkan rakyat Selangor bahawa pengurusan hutang tersebut adalah mengikut peraturan yang sebetulnya, kita dikejutkan dengan kenyataan dari Talam sendiri bahawa proses penentuan harga tanah itu tidak melibatkan penilaian dan kelulusan oleh pihak ketiga (Bursa Saham dan Suruhanjaya Sekuriti) seperti didakwa Khalid & Tony Pua.
Jadi bolehkah kita mengatakan disini bahawa BENARLAH dakwaan ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong bahawa tanah di Bestari Jaya itu dibeli kerajaan Selangor dari Talam, RM 42 juta lebih mahal dari harga pasaran?
Baca seterusnya d SINI
Post a Comment