Label 10

Home » » "...DAH BERTAHUN SAYA JADI TUKANG BUNGKUS KUEH..APA SALAHNYA..." DS ROSMAH

"...DAH BERTAHUN SAYA JADI TUKANG BUNGKUS KUEH..APA SALAHNYA..." DS ROSMAH

Written By AAKJ on Saturday, July 21, 2012 | 10:00 AM


alt
 
KUALA LUMPUR 20 Julai - Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) hari ini mengadakan majlis pembungkusan 39,040 kotak makanan hari raya bernilai RM370,880 kepada anggota keselamatan.
 
Bungkusan kotak makanan hari raya daripada Dewina Food Industries Sdn Bhd itu mengandungi rendang daging, sambal ikan bilis, kuah kacang dan nasi impit.
 
Isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua Bakti Datin Seri Rosmah Mansor berkata, daripada jumlah itu, 20,000 kotak akan diagihkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebanyak 15,000 kotak serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebanyak 4,040 kotak.
 
alt
 
Beliau berkata demikian selepas menyertai majlis pembungkusan sumbangan berkenaan yang turut dihadiri oleh Timbalan Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan isteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali di Bangunan Bakti Siti Hasmah di sini.
 
"Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam majlis pembungkusan kotak makanan hari raya ini,” katanya.
 
Beliau berkata kesemua bungkusan kotak makanan berkenaan akan diserahkan kepada wakil ketiga-tiga agensi itu pada Selasa depan di Bangunan Bakti Siti Hasmah.
 
alt
 
Majlis pembungkusan itu turut dibantu oleh pelajar- pelajar dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan beberapa lagi institut pengajian tinggi di negara ini.

SUMBER KLPOS
Share this article :

+ comments + 1 comments

July 21, 2012 at 8:19 PM

tukang bungkus yang disegani rakyat dengan kemuliaan DS Rosmah..menghargai jasa pahlawan negara sebagai benteng negara dari di cerobohi org luar....PAKATAN apa yang mereka lakukan hnaya tau merosakkan negara mencari publisiti untuk kepentingan diri sendiri dan parti

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger