Label 10

Home » » SELANGOR !! AHLI MAJLIS LAYAN RAKYAT SEPERTI SAMPAH ?!! ADUN SUBANG JAYA HIDUNG TINGGI !!

SELANGOR !! AHLI MAJLIS LAYAN RAKYAT SEPERTI SAMPAH ?!! ADUN SUBANG JAYA HIDUNG TINGGI !!

Written By AAKJ on Friday, July 6, 2012 | 12:00 PM



Penduduk-penduduk di USJ dan Subang Jaya banyak berinteraksi atau mengadu masalah-masalah setempat yang dihadapi mereka melalui satu laman web yang dikenali sebagai SJAlert.  


Platform sebegini seharusnya dicontohi oleh PBT-PBT lain diseluruh Malaysia kerana selain dapat mengeratkan hubungan diantara masyarakat setempat , PBT boleh mengambil tindakan segera sekiranya terdapat aduan penduduk dengan masalah yang dihadapi dikawasan kediaman mereka. 


Malangnya , sikap acuh tak acuh Ahli Majlis (yang dilantik oleh kerajaan PR Selangor)  melayan aduan2 penduduk amatlah dikesali kerana seperti melepas batuk di tangga . Sikap sebegini boleh dilihat dalam forum SJAlert bagaimana sikap Ahli Majlis melayan pertanyaan penduduk .




Contohnya baru2 ini ada seorang penduduk mengambil inisiatif merakamkan gambar mengenai masalah longkang tersumbat dikawasan beliau. Dalam aduannya, penduduk ini telah memaklumkan masalah longkang tersumbat itu mengundang kepada beberapa permasalahan yang lain seperti menjadi tempat pembiakan tikus, lipas dan nyamuk . 



Malah keadaan menjadi lebih buruk apabila salah seorang keluarga mengalami demam denggi . Malangnya respon yang diterima dari Ahli Majlis amat mengecewakan . 


Jawapan yang diberikan adalah supaya penduduk berkenaan menghantar email kepada saluran yang dikhaskan untuk aduan . 


Walaupun apa yang disampaikan oleh Ahli Majlis berkenaan adalah tidak salah tetapi , sebagai individu yang mempunyai kuasa, beliau seharusnya mengambil sikap pro-aktif melayan aduan penduduk dengan lebih berhemah dan bukannya sekadar melepas batuk di tangga.


BE DA MAN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger