JEMAAH HAJI MALAYSIA & KEPRIHATINAN DS NAJIB |
BR1M sangat-sangat berjaya. Rakyat marhaen yang menerimanya sangat terasa, mereka sangat berterima kasih kepada DS Najib yang mencetuskan idea ini.
Idealisma DS Najib ialah menolong rakyat, DS Najib terus berfikir bagaimana mahu menolong rakyat, terkini Bantuan membeli tayar kepada pemandu teksi. Pemandu teksi tidak kira Melayu, Cina atau India...tidak kira UMNO, Pas atau Dap juga Pkr, semuanya merasai idea-idea DS Najib. Semasa menerima wang-wang bantuan itu, mereka sudah lupa sumpah-seranah kepada DS Najib, ianya bertukar kepada senyuman, kegembiraan dan kebahagian.
Bagi Anwar Ibrahim, RM500 memanglah kecil nilainya. Tetapi bagi rakyat, nilai itu sangat besar ertinya. Anwar hanya pandang sebelah mata sahaja kerana Anwar sangat-sangat kaya raya http://beritasemasa.com/kekayaan-anwar-ibrahim
Maka, DS Najib mahu idea apa lagi? Apa lagi kata hati Najib?
Maka, Mymassa mencadangkan Perdana Menteri memberikan BR1M kepada para jemaah haji. DS Najib, dengan sedikit keuntungan dari penyenaraian FGVH, apa salahnya sedikit keuntungan itu berikan rasa juga kepada jemaah Haji Malaysia.
Bagaimana, adakah anda setuju? Bolehkah anda tweet cadangan ini kepada tweeter Perdana Menteri kita. Terima kasih. Kami tidak dapat tweet, kerana tatkala anda sedang berehat, kami sedang bertungkus-lumus di luar daerah untuk memastikan kejayaan kita bersama. Andalah kena tolong tweet tatkala sistem kami di sepanjang perjalanan PLUS terganggu-ganggu.
TQMYMASSA
Post a Comment