Label 10

Home » » MASTER MIND NINJA SEWEL SERANG JPM DIKENAL PASTI?

MASTER MIND NINJA SEWEL SERANG JPM DIKENAL PASTI?

Written By AAKJ on Monday, July 9, 2012 | 6:56 PM

amukdijpm

Petang Isnin di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kecoh seketika selepas seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Kejadia amuk tersebut berlaku apabila seorang lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Utusan melaporkan Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali.
Sementara itu TheStar Online melaporkan lelaki yang dibawa mati semasa menerima rawatan di hospital.-9/7/2012
amukjpm2
amukjpm3

NTV7 melaporkan penyerang telah meninggal dunia petang tadi di hospital....







Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger