Label 10

Home » » PENGAKUAN KHAS !! PASTIKAN TIADA LELAKI TIDUR D RUMAH ANWAR !! - WAN AZIZAH !

PENGAKUAN KHAS !! PASTIKAN TIADA LELAKI TIDUR D RUMAH ANWAR !! - WAN AZIZAH !

Written By AAKJ on Tuesday, July 24, 2012 | 12:30 PM


AAKJ ; FAHAM BETUL BETUL MAKSUD "LELAKI" ITU...KENAPA SPESIFIK "LELAKI" ? KENAPA TAK SEBUT WANITA ? ATAU TAK YAH SEBUT ? HUHU BACA D BAWAH NI ;



AIDCNews – 05/07/12 – “Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. 

Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya,” begitulah luahan hati Senator Ezam Mohd Nor.

Ezam yang satu ketika dahulu pernah menjadi orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata satu peristiwa yang berlaku pada tahun 2005, di mana Wan Azizah menyuruh beliau melihat dan memastikan tiada mana-mana lelaki bermalam bersama Anwar menyebabkan beliau mula berfikir semula.

"Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar… Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya..”

Pada Oktober 2006, Ezam membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ketua AMK PKR.Ketika itu pun sudah ada desas desus bertanya kenapa beliau perlu letak jawatan, namun berkias berkata mahu beri laluan kepada pelapis baru.

Petunjuk semakin jelas apabila pada Februari 2007, Ezam telah membuat keputusan yang mengejutkan iaitu melepaskan semua jawatannya dalam PKR termasuk jawatannya dalam PKR Selangor.

Dalam bahasa politik, melepaskan semua jawatan dalam parti seumpama seperti keluar parti, sedangkan ketika itu, Ezam sepatutnya mendaki ke puncak politik, seperti memegang jawatan Naib Presiden atau Timbalan Presiden PKR, namun Ezam mengambil langkah sebaliknya.

"Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanawataala. Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya”.

Ikuti wawancara dari hati ke hati di antara AIDC dengan Ezam Mohd Nor, di sebuah hotel, Shah Alam pada 20 April 2010.

AIDC : Saudara katakan tadi, Anwar akan menggunakan sesiapa sahaja termasuk ahli keluarganya. Saya teringat dalam buku yang ditulis oleh S.H Al Attas mengatakan Wan Azizah pernah menelefon semasa saudara masih Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR untuk memastikan tidak ada mana-mana lelaki tidur di rumah Anwar. Adakah cerita ini benar?

Ezam : Ya benar. Itulah sebenarnya yang menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula siapa sebenarnya Anwar.Selama ini, saya memang menolak segala bentuk cerita ataupun teori yang membabitkan persoalan akhlak beliau khususnya yang membabitkan lelaki. 

Tetapi apabila peristiwa itu berlaku, yang membabitkan isterinya sendiri secara langsung menelefon saya tentang persoalan itu, ianya benar-benar membuka mata saya.

Dari tarikh itulah saya mula berfikir semula, saya mula mencari kebenaran, saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya, sebab bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan sebagai seorang manusia biasa. Untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar Ibrahim. Bukan mudah untuk saya tinggalkannya.

Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang membabitkan bukan persoalan politik lagi, membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah Subhanawataala.

Sebab itulah saya membuat keputusan untuk meninggalkannya.Saya tidak bercadang untuk mengaibkan dia atau keluarganya. Sebab itu saya tidak mahu sebutkan secara detail apa sebenarnya yang berlaku. 

Tetapi, percayalah ianya merupakan satu keputusan yang berasaskan kepercayaan saya kepada Allah Subhanawataala. - seterusnya


MiM : Sila baca juga laporan mahkamah kes Anwar Ibrahim yang tidak diwar-warkan : KLIK SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger