Label 10

Home » » KHAS !! "ROAD TO ENGLAND" PM LULUSKAN BAJET UNTUK SEKOLAH TAMIL !! TQ PM !!

KHAS !! "ROAD TO ENGLAND" PM LULUSKAN BAJET UNTUK SEKOLAH TAMIL !! TQ PM !!

Written By AAKJ on Sunday, July 15, 2012 | 8:30 PM



alt

KUALA SELANGOR 14 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan peruntukan RM530,000 untuk membiayai kejohanan bola sepak antara sekolah Tamil di seluruh negara.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata, kejohanan dikenali sebagai 'Road to England' itu dijadual bermula lewat bulan ini dan membabitkan 10 venue serta 523 sekolah. Katanya, 11 pemain terbaik yang dikenalpasti melalui kejohanan ini akan dihantar berlatih dengan kelab bola sepak Manchester United (MU) di England akhir tahun ini.

"Objektif projek ini ialah untuk melahirkan rakyat Malaysia keturunan India yang mampu menjadikan bola sepak sebagai kerjaya dan mencapai standard permainan yang setanding dengan pemain England dalam jangka masa panjang.

"Mereka juga boleh menyumbang ke arah meningkatkan standard permainan bola sepak tempatan apabila pulang dan mewakili negara di kejohanan antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM330,000 kepada 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India di Selangor di sebuah kuil berhampiran Bestari Jaya di sini.

Palanivel, yang juga Presiden MIC berkata, pemain terpilih daripada 10 venue perlawanan itu akan menjalani latihan singkat di Kuala Lumpur sebelum 11 pemain terbaik daripada mereka dihantar menjalani latihan dengan kelab MU.

Latihan dan pemilihan akhir akan dikendalikan bekas pemain antarabangsa England Peter Barnes. 'Road to England' adalah projek kerjasama antara Akademi Bola Sepak Peter Barnes dan Majlis Guru Besar Sekolah-sekolah Tamil Malaysia.

SUMBER KLPOS
Share this article :

+ comments + 1 comments

July 15, 2012 at 8:58 PM

Kesian india kr negara nie ..adeke pemain terbaek dr org india.......sampai nk hanta g jauh sne.....ape k raja gopal x blh ke......aku respek ngn k.rja gopl.....dia bolh naekkn nm negara.....xpyh jauh2.....kt dlm nagara pn dh ade.......ke ade maksud laen....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger