Label 10

Home » » KHAS !! DELEGASI PERMATA D SAMBUT MERIAH D DUBAI !!

KHAS !! DELEGASI PERMATA D SAMBUT MERIAH D DUBAI !!

Written By AAKJ on Monday, July 16, 2012 | 10:00 AM



Sokongan Ibu-Bapa Diperlukan Untuk Bangunkan Kanak-Kanak Berbakat Besar Dan Semulajadi


Golongan ibu bapa perlu memberi sokongan terhadap anak-anak yang berbakat besar dan semulajadi dengan membangunkan kemahiran berkomunikasi, mendengar selain belajar membaca gerak-geri mereka.
Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, berkata menjaga dan membesarkan anak-anak yang berbakat besar dan semulajadi ini cukup mencabar.
“Sebagai ibu bapa, kita perlu membangunkan kemahiran berkomunikasi dan mendengar selain belajar membaca gerak-geri mereka.
“Dengan menggunakan cara yang salah, kita mungkin memberi isyarat atau mesej yang salah kepada mereka yang akhirnya akan menggambarkan kita tidak berminat dalam proses pembelajaran mereka,” katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk Sokongan Ibu Bapa Kepada Kanak-Kanak Berbakat  Besar dan Semulajadi sempena Persidangan Asia Pasifik Mengenai Bakat Semulajadi Ke-12 di Dubai, petang tadi.
Rosmah yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, berkata antara kesukaran yang mungkin dihadapi ibu bapa termasuklah tidak memahami sepenuhnya bagaimana untuk bertindak balas dengan keperluan pembangunan kanak-kanak yang unik ini, kesukaran mewujudkan apa yang diharapkan daripada si anak terutamanya jika pembangunan itu berbeza dalam kadar dan kemahiran serta masalah emosi yang dihadapi seolah-olah mereka berasa kekurangan.
“Sebagai ibu bapa, saya percaya ibu bapa perlu memainkan peranan aktif dalam menetapkan sasaran dan objektif yang realistik terhadap anak mereka.
“Penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak adalah perlu kerana ia merupakan sistem sokongan yang diperlukan dalam membentuk program pendidikan kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi yang holistik,” katanya.
Rosmah menambah,  ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan guru untuk berkongsi pembangunan anak-anak mereka di sekolah.
Dengan cara ini, ibu-bapa tidak merasakan mereka dipinggirkan daripada perkembangan dan pembangunan anak mereka, katanya.
“Di Malaysia, kami mempunyai badan bukan kerajaan yang menyediakan khidmat sokongan kepada ibu bapa yang memiliki anak yang berbakat besar dan semulajadi.
“Persatuan Untuk Kanak-Kanak Bergeliga Malaysia (NAGCM) ditubuhkan sebagai kumpulan sokongan kepada ibu bapa untuk berkongsi dan bertukar pengalaman berkaitan proses membesarkan anak-anak yang berbakat besar dan semulajadi,” katanya.
Katanya, di Malaysia, ibu bapa yang tidak pasti dengan status anak mereka yang mempunyai bakat besar dan semulajadi digalakkan memberi motivasi dengan menduduki ujian identiti yang disediakan oleh pusat bakat semulajadi di Universiti Kebangsaan Malaysia, dikenali sebagai UKM1 dan UKM2.
“Jika kanak-kanak ini berbakat, pihak kami akan memaklumkan kepada ibu bapa dan berbincang langkah seterusnya untuk pendidikan mereka.
“Kita juga membincangkan bagaimana cara memberi sokongan secara psikologi kepada kanak-kanak ini,” katanya lagi.
Selain itu, platform katanya, juga disediakan kepada ibu bapa untuk membincangkan karakter unik yang dimiliki si anak dengan menawarkan bengkel khas untuk membantu mereka menjalani kehidupan dan membesarkan anak yang berbakat besar dan semulajadi.
Bengkel ini tegasnya, dikendalikan penceramah yang dijemput khas daripada pusat berkenaan selain rakan dari Johns Hopkins University Centre for Talented Youth atau New South Wales University.
“Kami berbincang dengan mereka apakah yang diperlukan untuk membantu mereka memahami keistimewaan yang dimiliki anak mereka yang berbakat besar dan semulajadi.
“Mereka boleh mendapatkan bahan bacaan dalam bentuk brosur, buku dan buletin bulanan yang juga dimuatnaik dalam website.
“Selain itu, kami juga menggalakkan ibu bapa berinteraksi dengan pihak pentadbiran, kakitangan akademik dan kaunselor yang terlatih untuk mendidik pelajar,” tambahnya lagi.
Menurut Rosmah, pada hari ini,  ibu bapa kepada pelajar berbakat besar dan semulajadi telah membentuk rangkaian hubungan sesama mereka untuk berkongsi pengalaman.
Selain itu, hubungan alumni melalui Facebook dan e-mail yang menghubungkan semua pihak berkaitan dengan pendidikan kanak-kanak berbakat besar dan semulajadi turut diperkenalkan, katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kanak-kanak yang berbakat besar dan semulajadi kata Rosmah,  unik dan istimewa.
Rahsia atau kunci untuk membesarkan mereka ialah hormat iaitu hormat keistimewaan, idea, pendapat serta impian mereka, katanya lagi.
“Kanak-kanak ini memerlukan ibu bapa yang memberi maklum balas, fleksibel selain memahami dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.
“Selain itu, kanak-kanak ini juga perlu didedahkan bahawa keistimewaan dan keunikan mereka dihargai dengan menjadi diri mereka sendiri selain diterima oleh masyarakat dan tidak dipandang sebagai abnormal,” tegasnya.

SUMBER PERAKTODAY
Share this article :

+ comments + 2 comments

July 16, 2012 at 11:50 AM

Shabas permata yang meleberkan sayapnya di Dubai anak2 melayu permata bertuah..

July 16, 2012 at 5:15 PM

ibu bapa perlu menjaga dan mendidik anak2 ke arah yang baik bukannya merosak otak anak2 dengan perhimpunan jalanan PEMBANGKANG perosak negara dan anak2 harapan negara..biar diri kamu yang rosak dengan ,hubungan songsang,ajaran sesat memang lahanat la

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger