Label 10

Home » » KHAS !! APA ITU SUKARELAWAN SISWA ?!! IM4U !! JOM BERSAMA PM D KLCC HARI INI !!

KHAS !! APA ITU SUKARELAWAN SISWA ?!! IM4U !! JOM BERSAMA PM D KLCC HARI INI !!

Written By AAKJ on Sunday, July 15, 2012 | 9:00 AM


1M4U - Kearah Siswa Peduli Kerja Sukarelawan.

Terdapat beberapa laman yang memfokuskan kepada perkongsian idea dan sebagainya, dan kiniKementerian Pengajian Tinggi Malaysia hadir dengan sebuah laman khas yang memfokuskan kepada remaja dan juga semangat kesukarelawan, dipanggil 1Malaysia for Youth atau ringkasannya 1M4U.

Daripada laman tersebut, ia membolehkan para remaja dengan mudah menghantar sebarang idea mereka untuk dikongsi bersama yang pengguna lain, dan menjayakannya, sekaligus meningkatkan lagi semangat kesukarelawan dikalangan remaja hari ini.







Sama seperti beberapa laman web lain, 1M4U turut sama membawakan sokongan pendaftaran menggunakan Facebook, memudahkan proses pendaftaran dan juga perkongsian idea anda bersama yang lain. Usai sahaja mendaftarkan diri, anda akan dapat menghantar idea anda dalam kurang 250 aksara melaluinya.

Dan bersempena dengan pelancaran program ini, pihak 1M4U turut mengadakan sebuah pertandingan khas, membolehkan para perekabentuk kreatif menghantar rekabentuk logo mereka dan bersedia memenangi hadiah sebanyak lebih RM10,000 daripadanya.

Seperti sedia maklum, terdapat beberapa laman yang menyediakan koleksi logo-logo yang menarik di arena web ini, yang mana mungkin anda boleh mengambil inspirasi, serta pada masa yang sama, menghasilkan sebuah logo yang menarik dan kreatif untuk program sukarelawan ini.

Kami di Blogserius telahpun menghantar rekaan logi 1M4U kami di bawah. Kami yakin pembaca BLOGSERIUS lebih kreatif dari krew BLOGSERIUS yang tak pandai mereka apa-apa kecuali cerita humour dan berita artis gemok usai melahirkan!





RM 10 000 bukannya sedikit dan boleh digunakan untuk kegunaan harian. Jika anda merasakan anda tak perlu duit hadiah ini masuk sahaja pertandingan dan jika menang sedekahkan duit itu kepada mereka yang memerlukan seperti orang gelandangan atau anak yatim. Bulan Ramadhan semakin hampir dan ini adalah cara yang murni untuk beramal dan mendapatkan saham akhirat. Win Win situation kepada semua!

Mengenai 1Malaysia For Youth

Kebanyakkan remaja pada hari ini boleh dikatakan menghabiskan kebanyakkan masa di hadapan komputer mahupun gajet mereka berbanding dengan aktiviti di luar. Dan melalui program ini, ia membolehkan para remaja bukan sahaja mengenali rakan-rakan baru, tetapi turut memupuk semangat dan aktiviti sukarelawan dikalangan mereka. Kementerian Pengajian Tinggi sendiri menyokong program ini dengan fokus untuk melahirkan pelajar yang praktikal dan berpotensi dengan permintaan pasaran pada hari ini.

Untuk memudahkan anda merekabentuk logo 1M4U, mungkin anda boleh mengambil fokus kepada objektif program 1M4U, seperti:
  • Membantu masyarakat dunia yang memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan;
  • Mempromosi persefahaman masyarakat dunia tentang keamanan sejagat;
  • Merealisasikan semangat keprihatinan pelajar terhadap kesejahteraan masyarakat dunia;
  • Meletakkan pelajar Malaysia sebagai pemimpin sukarelawan di persada dunia;
  • Membina hubungan dan jaringan di peringkat antarabangsa;
  • Memperkenalkan Malaysia sebagai hab pendidikan yang melahirkan sukarelawan global; dan
  • Memberi kefahaman tentang sosiobudaya masyarakat Malaysia ke arah keamanan dunia. Sebelum mula menghantar logo anda ke pertandingan yang dianjurkan KPT ini, mungkin anda boleh melawati laman mereka untuk rujukan yang lebih mendalam, ataupun mengikuti 1M4U di Twitter mahupun Facebook.
Pada masa yang sama, anda juga boleh menyokong pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Like halaman Facebook mereka.




*Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.









TQSERIUSBLOG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger