" Apa yang pelik, terdapat juga sekumpulan mahasiswa dari kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) juga terlibat dalam himpunan di Masjid Wilayah ketika ini.
Mereka hanya melepak di tepi perkarangan masjid sambil menghisap rokok tanpa menyertai jemaah yang menunaikan solat...."
FELDA SEGAMBUT ? MUAHAHA !! TQ ZACK ZAKI
Masih awal untuk menentukan jumlah sebenar kehadiran peserta ke Himpunan ini tapi setakat ini penulis benar-benar tidak puas hati dengan apa yang penulis lihat dan nampak.
Kelihatannya, kecenderungan membawa orang tua dan kanak-kanak ke himpunan seumpama ini masih berterusan walaupun banyak teguran telah diberi sebelum ini, sejak himpunan Bersih 3.0 lagi. Orang tua boleh faham lagi tapi kanak-kanak?
Penulis tidak nampak kewajaran melibatkan kanak-kanak dalam himpunan yang mempunyai potensi mencetus kekacauan akibat provokasi dari mana-mana pihak sekalipun. Kalau dah tercetus nanti, siapa pun yang memulakannya tidak penting tapi kanak-kanak ini yang akan menanggung akibatnya.
Nak salah menyalah selepas itu pun sudah tidak berguna lagi dah.
Penulis sempat berbual-bual dengan beberapa orang peserta himpunan, agak mengejutkan bila mereka memaklumkan penulis yang mereka bukan peneroka Felda tapi ahli PAS yang diarahkan untuk hadir ke himpunan tersebut.
Rata-rata menerima elaun perjalanan antara RM 50-RM100 yang akan dibayar selepas pulang nanti.
Persediaan logistik dari segi vast oren, t-shirt, air mineral dan seumpamanya, diuruskan sepenuhnya oleh Muslimah PAS Pusat.
Kalau ada yang mengatakan terlalu awal, penulis nak menegaskan disini, peneroka dari negeri yang jauh tidak sepatutnya menunggu saat akhir untuk datang, perjalanan memakan masa, kalau sekarang baru cerita nak bergerak, lebih baik tak usah datang.
PAS telah bersusah payah mengadakan himpunan ini untuk membela nasib mereka, bukan orang lain, kenapa mereka tidak hadir memberikan sokongan?
tqpilihananda
Post a Comment