Label 10

Home » » "...JOHOR NEGERI KAYA DENGAN RASUAH..RAKYAT MELARAT..." - DAYANGKU INTAN !!

"...JOHOR NEGERI KAYA DENGAN RASUAH..RAKYAT MELARAT..." - DAYANGKU INTAN !!

Written By AAKJ on Tuesday, July 31, 2012 | 9:00 AM


“Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya, pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa,” ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah.

Dayangku Intan kini berada di Johor sejak tiga minggu lalu bersama PKR negeri itu untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin di negeri itu.

Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan.

“Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa.

“Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,”ujarnya.

Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi.

Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat.



tqmpp
Share this article :

+ comments + 2 comments

July 31, 2012 at 9:41 AM

Sekadar pandangan....
Jika tidak silap Dayang Ku Intan kerap juga taman saya di Taman Perling, JB. Saya tinggal di Jalan Belibis juga. Masa tu masih bisnes Pusat Dangdut di KL. Harap bisnes itu sudah dihentikan dan barulah sesuai dikata sudah berhijrah. Tetapi mulut beliau belum berhijrah. Ingin kita katakan atau melaungkan keadilan pada rakyat tetapi gesaan atau pendapat beliau berbentuk fitnah sebahagian besarnya.
Berbalik kepada isu rakyat Johor yang dikatakan lebih dhaif daripada rakyat Kelantan, saya berpendapat mungkin betul tetapi ia berpunca dari dipendekkan rezeki olah Allah serta sikap malas walaupun anggota badan sihat walafiat. Jangan salahkan Kerajaan jika kita malas dan tidak mengambil peluang memajukan diri. Macam kerja boleh buat tetapi saya tidak galakkan berkerja di Pusat Dangdut, apalagi menjadi pengusahanya. Allah menyayangi Dayang Ku Intan dengan memberi seorang anak istemewa yang memerlukan perhatian. Ini akan membuat beliau sibok dengan urusan keluarga.
Marilah kita perbaiki diri dan keluarga kita dahulu sebelum kita memperbaiki masyarakat. Biarlah pemimpin beliau yang terlibat dengan kegiatan LBGT dan Rasululah tidak mengaku ummatnya, cuba memperbaiki masyarakat dan rakyat...
Ikhlas
Penduduk Jalan Belibis dan Camar, Taman Perling

Anonymous
July 31, 2012 at 4:50 PM

haaaa.. itulah.. cakap siang dia mau pandang2 jugak... bukan orang sekelililng tak kenal dia. macam malam ikut siang.. eh~ tenyanyi lagu buruk kpkk pulak!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger