Label 10

Home » » SELANGOR ! VIDEO KECOH RAMPASAN MASJID SEBELUM KHUTBAH JUMAAT !! WAKIL DAP ?! ?!

SELANGOR ! VIDEO KECOH RAMPASAN MASJID SEBELUM KHUTBAH JUMAAT !! WAKIL DAP ?! ?!

Written By AAKJ on Tuesday, June 26, 2012 | 12:00 PM


Lebih 100 ahli kariah Masjid Al-Muttaqin, Taman Equine,Serdang di sini menurunkan tandatangan sebagai protes terhadap lantikan baru ahli jawatankuasa masjid berkenaan dan mendakwa adanya campur tangan politik.

Dan, lebih mengejutkan ahli kariah turut tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai perubahan lantikan baru sebaliknya wakil Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hanya mengumumkannya sebelum solat Jumaat.

Rata-rata ahli kariah turut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan wakil terbabit yang didakwa merampas mikrofon sebelum sesi khutbah dan terus mengumumkan senarai lantikan.

Tindakan itu menyebabkan satu bantahan diadakan oleh ahli kariah selepas solat bagi menuntut penjelasan kerana mendakwa ia terjadi disebabkan ada campur tangan politik.

Bekas nazir masjid, Zainul Abidin Manaf berkata, tindakan protes terbabit berasas kerana didakwa tidak mengikut peraturan undang-undang yang ditetapkan Jais.

Menurut Beliau, lebih menghairankan, kebanyakan lantikan baru di peringkat jawatankuasa tertinggi bukanlah terdiri daripada ahli kariah Masjid di kawasan itu.
Tambahan pula, mesyuarat agung lantikan ahli jawatankuasa masjid baru sahaja diadakan pada 9 Mac lalu dan dipengerusikan sendiri wakil Jais.

Namun begitu pada hari ini (semalam), tiba-tiba perkara ini terjadi sedangkan jika lantikan sebelum ini tidak memenuhi kriteria, mereka sepatutnya menghantar surat memaklumkan perkara itu namun ia tidak berlaku,” katanya kepada pemberita selepas protes terbabit, semalam.

Zainul berkata, lebih mengejutkan ada ahli kariah yang dilantik tidak tahu menahu mengenai perlantikan berkenaan dan hanya mengetahuinya pada hari ini (semalam)
Share this article :

+ comments + 2 comments

June 26, 2012 at 1:53 PM

Salam... Bro... Aku juga pergi sidang media tu... Dalam blog aku ada screenshot dokumen-2 yang menyokong dakwaan ahli kariah tersebut...

Ahli Kariah Mengamuk!! Masjid Dirampas Di Seri Kembangan!!

- eXception

June 26, 2012 at 4:27 PM

tq bro

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger