Satu demo bantahan telah dilakukan oleh anak-anak Qaryah yang berdaftar di Masjid Al- Husna, Bandar Sunway. Tujuan demo ini adalah untuk membantah keras di atas perubahan pelantikan Imam 1 dan AJK Masjid Al-Husna yang dilakukan oleh pihak JAIS dan MAIS kerana bercanggah dengan mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid yang diadakan.
Menurut anak-anak Qaryah ini, mereka berasa amat terhina dengan penipuan yang dilakukan ini dimana ianya boleh berlaku kepada sebuah masjid yang sepatutnya menjadi sebuah institusi yang menegakkan syariat Islam yang menuntut kepada keadilan.
Semasa mesyuarat khas pemilihan dijalankan, perkara ini telah dilihat seperti menyebelahi pihak tertentu namun anak-anak Qaryah ini berjaya mengagalkan perancangan jahat yang dilakukan. Arahan serta melobi dengan secara terang dengan memburukkan pihak lain telah berlaku dengan memberitahu bahawa ianya mendapat sokongan pihak JAIS dan MAIS. Namun, anak-anak Qaryah ini tetap memilih Imam serta AJK yang berpandukan kepada kelayakan serta keperibadian individu untuk memimpin Masjid Al Husna.
Tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan MAIS dengan mengubah jawatan-jawatan yang dipilih oleh anak-anak Qaryah selepas mesyuarat khas pemilihan telah mengesahkan bahawa perkara ini sememangnya berlaku dan merasakan kejadian ini amat menjijikkan dan tidak berlandas kepada sistem demokrasi yang dituntut oleh Islam.
Ianya bukan sahaja memalukan anak-anak Qaryah malah menjatuhkan institusi masjid yang bukan dilakukan oleh oleh musuh Islam sebaliknya oleh mereka yang memegang jawatan di dalam organisasi yang diamanahkan atas Islam.
Pemilihan Imam 1 yang dibuat oleh anak-anak Qaryah semasa mesyuarat khas pemilihan pegawai dan AJK masjid adalah berpandukan kepada ketinggian ilmu, keperibadian, akhlak dan sifat bertanggungjawab malah kemampuan memimpin untuk mengimarahkan masjid tanpa mengambil kira warna politik. Sekiranya terdapat perkara-perkara lain yang dimanipulasikan oleh pihak tertentu ianya merupakan satu konspirasi jahat bagi menjatuhkan beliau tanpa berpandukan fakta yang ada.
Laporan asal di sini http://merdeka-online.com/home/?p=899
Post a Comment