Label 10

Home » » SELANGOR HANCUR !! EXCO AGAMA HANYA SUKA ISU "AIR LENDIR" ?!!

SELANGOR HANCUR !! EXCO AGAMA HANYA SUKA ISU "AIR LENDIR" ?!!

Written By AAKJ on Monday, June 25, 2012 | 4:00 PM





Kerajaan Selangor sepatutnya lebih menumpukan kepada usaha memastikan bekalan air di negeri itu sentiasa mencukupi daripada penstrukturan semula industri air, kata Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.

Katanya, walaupun berlakunya penstrukturan semula industri air, kerajaan negeri masih belum menyatakan rancangan mereka dalam memastikan bekalan air terawat di Selangor mencukupi bagi menampung keperluan penduduk dan industri.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan taklimat kepada persatuan pemandu teksi di Selangor mengenai program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA), yang akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemandu teksi seluruh negara di Stadium Nasional Bukit Jalil, 24 Jun ini.

Mohd Zin berkata, sehingga kini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menafikan laporan bahawa simpanan air terawat adalah rendah iaitu sekitar dua ke tiga peratus tanpa memberikan angka sebenar.

"Cadangan kerajaan negeri bahawa sumber air boleh didapati daripada banyak sumber seperti air bawah tanah, empangan mahu pun air lombong tidak akan bermakna jika loji rawatan air yang ada tidak mampu menampung kapasiti air ini.

"Sedangkan 33 loji rawatan air di Selangor sudah hampir mencapai kapasiti optimum masing-masing dan ada yang beroperasi lebih daripada kapasiti maksimum," katanya.

Mohd Zin juga berkata Forum Air Selangor anjuran kerajaan negeri Selasa lepas, kebanyakannya disertai oleh ahli perniagaan yang mencadangkan kaedah bagi menangani masalah air.

"(Namun) tiada keputusan kukuh yang diumumkan selain hanya bercadang untuk meneliti setiap cadangan yang ada. Hakikatnya kita semakin kesuntukan masa," katanya.

Beliau berkata, jemputan untuk menyertai forum itu juga tidak menyeluruh kerana tiada jemputan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri daripada BN Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Oyabun melaluiOcean 13
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger