Label 10

Home » » EKSKLUSIF !! PM D TEGUR KERANA PERLANTIKAN PENGERUSI PETRONAS !! LAYAK KAH DIA ?!!

EKSKLUSIF !! PM D TEGUR KERANA PERLANTIKAN PENGERUSI PETRONAS !! LAYAK KAH DIA ?!!

Written By AAKJ on Monday, June 25, 2012 | 6:00 PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak diminta mengkaji semula perlantikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, jawatan pengerusi baru Petronas sepatutnya dipegang oleh golongan profesional dan tidak semestinya daripada bekas pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara.

“Saya bimbang perlantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk bekas pemimpin-pemimpin politik,” ujarnya.

Langkah itu juga katanya, bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih lumayan.



“Semasa berkhidmat dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik,” tegasnya.

Beliau bimbang perlantikan Mohd. Sidek yang dilihat sesetengah akan menimbulkan pelbagai pelbagai persespsi negatif.

“saya hanya mahu Perdana Menteri menimbang semula perlantikan tersebut, bukan bermaksud menentang atau pun mempertikaikan kewibawaan Mohd. Sidek,” tegasnya.

Perdana Menteri pada satu majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd. Sidek di Kuala Lumpur malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas.

Najib berkata perlantikan itu akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Juara Rakyat Parlimen Cheras Karnival NGO dan Swasta dan pelancaran Gerakan Memertabatkan Pejuang Negara (GMPN) Wilayah Persekutuan di Chears pagi ini, Syed Ali menambah, saranan beliau itu bukan bermaksud menentang keputusan Perdana Menteri.

Menurut beliau lagi, umum akan melemaprkan tuduhan kononnya kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas-bekas pegawai tinggui kerjaaan yang sudsah bersara.

Sedangkan kata Syed Ali, banyak golongan profesional dan bekas-bekas pemimpin politik apabila bersara tidak mendapat kedudukan istmewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana syraikat milik kerajaan.

“Saya hanya memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir perlantikan tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan,” ujarnya.

Katanya, rakyat tidak akan melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka ‘marah dalam diam’ sedikit-sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Sudah tentu rakyat akan bertanya, mengapa pegawai tinggi kerajaan yang sudah bersara diberikan jawatan penting itu, ini memungkinkan timbuil pelbagai andaian,” ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau, terserah kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.



- MyNewsHub.my
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 25, 2012 at 7:55 PM

Syed ali ada agenda tersembunyi. Ahli di bawah tak kata apa apa pun...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger