Baru-baru ini bekas Timb Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) Yusof Hassan telah menyerahkan borang untuk sertai PAS ke tangan
Presiden PAS sendiri DS Abd Hadi Awang bertempat di Pejabat Agung PAS,
Jalan Raja Laut.
"Saya berasal daripada keluarga yang kuat PAS,
dan saya sememangnya adalah PAS, di kalangan kawan-kawasan
saya dikenali ahli PAS. Cuma pada hari ini adalah secara rasmi
saya masuk PAS," katanya.
"Rakan-rakan di dalam Jakim selalu menuduh saya orang PAS
apabila mereka meneliti riak-riak dan hujah-hujah saya,
cuma mereka tidak ada bukti.
Jadi hari inilah buktinya. Tuduhan rakan-rakan saya adalah benar," katanya.
Beliau yang baru enam bulan bersara daripada Jakim,
mengakui ramai di kalangan rakan-rakan
di dalam jabatan itu mahu menyertai PAS cuma masanya belum tiba lagi.
Komen DET: tak heran lah kalau selama nie pas bebas
mengamalkan ajaran sesatnya rupa-rupanya ada kakitangan kerajaan
jadi barua pas, jadi bila nak di bersihkan haram jadah yang makan gaji buta dalam jakim nie...? jangan sampai dah parah baru kita nak bertindak.
+ comments + 1 comments
Kalau memang sudah bersetuju untuk menerima gaji / upah sebagai Pegawai di JAKIM itu maknanya memang sudah setujulah dengan misi dan visi JAKIM. Kalau tidak setuju memang kena berundur supaya wang gaji itu dapat dibayar kepada orang lain.
Kalau dikesan ada kekurangan dan kelemahan; memang kerja pegawai yang dibayar gaji dan nampak kurang serta lemah itulah untuk merangka dan mencipta atau menyaran perbaikan atau pengukuhan program. Taklah sepatutnya orang lain yang dipertanggong jawabkan.
Kalau memang sengaja buat buat tidak nampak atau tidak faham dan meneruskan begitu untuk menerima gaji kenalah kita tanyakan kerja kita itu ikhlaskah atau tidak dan gajinya itu pun menjadi bersihkah atau tidak.
Kalau memang sengaja memerap begitu sampai jadi pegawai kanan dan apa lagi sampai dah jadi Timbalan Pengarah tu kenalah kita tanyakan penanggong jawabannya bagaimana.
Kemudian kalau nak jadi wakil rakyat pula macam mana kesah penanggong jawaban yang lagi longgar daerah sempadannya.
Post a Comment