Label 10

Home » » 3000 PELAJAR TADIKA SELANGOR MASIH TUNGGU DUIT JANJI KALID GAGAP ?!!

3000 PELAJAR TADIKA SELANGOR MASIH TUNGGU DUIT JANJI KALID GAGAP ?!!

Written By AAKJ on Saturday, June 9, 2012 | 11:30 AM


 

Bahang kebangkitan rakyat Selangor menolak pemerintahan rejim Khalid Gagap semakin hari semakin baik. Banyak perkara yang berkaitan dengan masalah pentadbiran mereka gagal ditangani dengan baik. Apa yang paling ketara adalah tindakan kelam kabut mereka untuk mengotakan janji pru lepas selepas diasak hebat oleh BN Selangor dan tidak terkecuali NGO-NGO lain.
Isu pertama adalah tindakan rejim Khalid Gagap memberi bantuan kepada pelajar tadika jelas satu tindakan yang sangat tidak profesional. Bantuan yang dikenali sebagai SKIM TUNAS ini sepatutnya telah dilaksanakan pada permulaan mereka memerintah iaitu pada 4 tahun yang lepas. 
Bantuan ini jelas termaktub di dalam manifesto mereka ketika memancing undi. Bantuan kepada pelajar tadika ini dikatakan bernilai RM50 sebulan dan kerajaan negeri memerlukan masa selamat 4 tahun untuk mendapatkan maklumat tepat. Bantuan ini mensasarkan 3000 pelajar tadika dan dianggarkan berjumlah RM1.016,600 untuk 2012.


Apa yang menjadi persoalannya sekarang adalah sikap diskriminasi kerajaan negeri kerana tidak menyebut langsung tentang bantuan kepada tadika-tadika KEMAS yang kita sedia maklum sebahagian besar ibu-bapa mereka adalah daripada golongan bependapatan sederhana. Adakah bantuan ini hanya disasarkan kepada penyokong tegar mereka sahaja tetapi akan dicanangkan keserata negeri bahawa kerajaan negeri telah menunaikan janji pilihanraya. Tidak perlu menunggu sehingga 4 tahun untuk mendapatkan maklumat tepat kerana KEMAS di peringkat negeri sudah pasti mempunya data terperinci setiap pelajar.
Untuk makluman bantuan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada pelajar tadika jauh melebihi daripada apa yang diberikan oleh kerajaan Selangor. Setiap pelajar tadika KEMAS akan menerima Geran Perkapita sebanyak RM100 dan Geran Perkapita Khas Termiskin pula akan menerima sebanyak RM150. Manakala yuran yang perlu dibayar dibahagiakan kepada 3 peringkat.

Bil. Pendapatan Keluarga (RM) *Kadar Yuran
1 1,500 ke bawah Percuma
2 1,501 hingga 2,999 10 hingga 50
3 3,000 dan ke atas 51 hingga 100

Pendekatan yang sama dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional melalui bantuan BR1M yang tidak mengamalkan sebarang diskriminasi dengan memberi bantuan kepada mereka yang layak tanpa mengira fahaman politik.
Jelas sekarang kita dapat lihat sikap hipokrit kerajaan Selangor dalam mengagihkan bantuan kepada rakyat Selangor. Mereka berbangga dengan slogan Merakyat Ekonomi Selangor dimana hasil negeri dikongsi bersama rakyat tetapi mari kita fikirkan dimana dan bagaimana hasil negeri dikongsikan.
Betul apa yang diperkatakan oleh DS Noh Omar, "PRU dah semakin dekat, kenapa sekarang baru terfikir untuk menunaikan janji yang dibuat 4 tahun yang lepas."
Kita juga patut berterima kasih kepada Khairy Jamaluddin yang melontar satu persoalan yang wajar kita fikirkan bilamana beliau mempertikaikan perancangan pakatan pembangkang yang bersungguh menjanjikan pendidikan percuma tetapi gagal membantu pelajar tadika ketika berdebat bersama Rafizi tempohari.

Hasilnya tidak lama selepas persoalan tersebut dilontarkan, kerajaan Selangor membuat pengumuman bahawa pelajar tadika akan dibantu.Sikap ini umpama paku dan penukul. Adakah pengumuman ini hanya satu gimik politik untuk mengaburi mata rakyat? Rakyat Selangor wajib bangun dan terus mendesak agar bantuan pelajar tadika ini diberikan kepada semua pelajar tanpa mengenal fahaman politik.

Fikirkan Bersama.

TQKGC
Share this article :

+ comments + 1 comments

June 9, 2012 at 11:37 AM

kalau tanah unisel kene apung dulu baru boleh bagi bantuan kepada mahasiswa universiti, pelajar tadika pun kena tunggu tanah tapak tadika diapungkan dulu baru dapat duitla. yang tu kena sabar dulu sebab kebanyakkan sekolah tadika didirikan di atas tanah rekreasi kawasan perumahan. hehehehe

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger