Label 10

Home » » SELANGOR !! FOTO PM SENDIRI JAWAB PANGGILAN TALIPON DARI RAKYAT SELANGOR !! HEBAT !!

SELANGOR !! FOTO PM SENDIRI JAWAB PANGGILAN TALIPON DARI RAKYAT SELANGOR !! HEBAT !!

Written By AAKJ on Friday, May 11, 2012 | 3:00 PM









Idea transformasi yang tidak lagi asing di kalangan rakyat jelas disambut dengan kesungguhan oleh Barisan Nasional Selangor untuk mengembalikan kepercayaan rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.
Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR adalah satu manifestasi, atau terjemahan idea transformasi itu yang bertujuan untuk mewujudkan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.
Pusat khidmat ini yang dijadualkan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat di talian PAKAR 1-300-22-2626.  Sungguhpun begitu, rakyat masih boleh menelefon pada bila-bila masa kerana boleh meninggalkan pesanan suara, dan akan dihubungi semula oleh PAKAR kemudian. Ini merupakan satu usaha Barisan Nasional untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan.
Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh kerajaan negeri, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini bertindak sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat, dengan menjadikan bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil sebagai medium pengantar.
Selain menerima panggilan dari Rakyat, PAKAR juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.
Tanpa berselindung, PAKAR juga adalah salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.
Ini adalah satu usaha terbaik untuk rakyat, sekaligus menjadi alternatif sekiranya wakil rakyat yang mewakili BN tidak dapat dihubungi atas sebarang isu setempat.  Sebaliknya, ia juga menjadi satu medium kepada BN Selangor, untuk memantau keberkesanan wakil rakyat mereka dalam konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger