Label 10

Home » » VIDEO SAAT PEMAIN LIVORNO ITALI REBAH & MENINGGAL DUNIA !! TAKZIAH DARI AAKJ !!

VIDEO SAAT PEMAIN LIVORNO ITALI REBAH & MENINGGAL DUNIA !! TAKZIAH DARI AAKJ !!

Written By AAKJ on Tuesday, April 17, 2012 | 5:57 PM


LIVORNO ( Itali ): Pemain Livorno yang beraksi dalam Serie B, Piermario Morosini meninggal dunia akibat serangan jantung ketika perlawanan menentang Pescara.
Morosini rebah secara tiba-tiba pada minit ke-31 dan bangun semula, namun seperti keliru sebelum rebah sekali lagi menyebabkan pasukan perubatan tangkas masuk memberikan rawatan sebelum beliau dibawa ke hospital.
“Kami cuba sedaya upaya menyelamatkannya tetapi dia tetap tidak sedar biarpun sudah dibawa ke hospital,” kata Pakar Perubatan, Leonardo Paloscia.
Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) mengesahkan Morosini mengalami kegagalan jantung dan semua acara sukan bertafakur selama seminit bagi menghormati kematiannya.
Malahan, perlawanan antara AC Milan dan Genoa serta semua perlawanan Serie A dan Serie B turut ditunda bagi menghormati pemergian pemain berusia 25 tahun itu.
Berita kematian Morosini itu hadir hanya beberapa minggu selepas pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba mengalami masalah sama pada perlawanan Piala FA namun dapat diselamatkan oleh pihak perubatan. – REUTERS


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger