ู
َุซَُู ุงَْููุงุฆِู
ِ ุนََูู ุญُุฏُูุฏِ ุงَِّููู َูุงَْููุงِูุนِ َِูููุง َูู
َุซَِู َْููู
ٍ ุงุณْุชََูู
ُูุง ุนََูู ุณََِูููุฉٍ َูุฃَุตَุงุจَ ุจَุนْุถُُูู
ْ ุฃَุนَْูุงَูุง َูุจَุนْุถُُูู
ْ ุฃَุณَََْูููุง ََููุงَู ุงَّูุฐَِูู ِูู ุฃَุณََِْูููุง ุฅِุฐَุง ุงุณْุชََْููุง ู
ِْู ุงْูู
َุงุกِ ู
َุฑُّูุง ุนََูู ู
َْู ََُْููููู
ْ ََููุงُููุง َْูู ุฃََّูุง ุฎَุฑََْููุง ِูู َูุตِูุจَِูุง ุฎَุฑًْูุง ََููู
ْ ُูุคْุฐِ ู
َْู َََْููููุง َูุฅِْู َูุชْุฑُُُูููู
ْ َูู
َุง ุฃَุฑَุงุฏُูุง ََُููููุง ุฌَู
ِูุนًุง َูุฅِْู ุฃَุฎَุฐُูุง ุนََูู ุฃَْูุฏِِููู
ْ َูุฌَْูุง ََููุฌَْูุง ุฌَู
ِูุนًุง
“Perumpamaan orang yang menjaga larangan-larangan Allah dan orang yang terjatuh di dalamnya adalah seperti suatu kaum yang sedang mengundi untuk mendapatkan tempat masing-masing di dalam kapal. Sebahagian mendapat tempat di bahagian atas kapal dan Sebahagian lagi mendapat tempat di bahagian bawah kapal.
Jika orang yang berada di bawah ingin mendapatkan minuman, mereka akan melewati orang yang berada di atas. Mereka (yang ada di bawah) berkata: “Andai kata kita tebuk kapal ini untuk mendapatkan minuman, maka kita tidak akan mengganggu mereka yang ada di atas”. Jika orang yang berada ada di atas membiarkan perbuatan dan keinginan orang yang berada di bawah (iaitu melubangi kapal), maka mereka semua akan tenggelam.” (hadis riwayat al-Bukhari, no:2313)
Sebahagian daripada saudara kita menyangka pemberontakan adalah suatu yang baik. Mereka menyangka bahawa yang dimaksudkan dengan pembangkangnya (atau pemberontakan) itu adalah dengan senjata, padahal sebenarnya pemberontakan itu bukan semata-mata dengan senjata dan kekerasan, tetapi termasuk juga dengan lisan (kata-kata).
Bahkan pemberontakan dengan lisan itu jauh lebih bahaya. Kerana pemberontakan dengan lisan itu adalah printis kepada pemberontakan bersenjata. Kami katakan dengan penuh kejujuran kepada saudara-saudara kami yang terbakar emosinya, kami menganggap mereka berniat baik – insya Allah.
Namun, hendaklah mereka tidak terburu-buru dan menahan diri. Kerana sikap memberontak (mutammarid) dan berlebihan (ghuluw) mereka tersebut hanya akan menumbuhkan kesan negatif dalam hati-hati mereka. Hati mereka sebenarnya kosong (dari nilai ilmu) dan hanya mengenal sentimen kemarahan. Tindakan mereka itu juga hanya akan membuka lebih banyak lagi pintu-pintu kejahatan untuk bertindak dengan cara yang batil.
Sifat menjatuhkan pemimpin itu adalah sifat Syiah dan Khawarij. Saya cuba kupas secara ringkas isu ini, agar lebih mesra dibaca.
Sifat menjatuhkan pemimpin itu adalah sifat Syiah dan Khawarij. Saya cuba kupas secara ringkas isu ini, agar lebih mesra dibaca.
Sifat Syiah Dalam Memerintah
Setelah satu persatu negara Islam jatuh ke tangan puak Syiah, adakah kita akan membenarkan Malaysia di perintah oleh Syiah? Anda menentukan undi. Anda lihat kekejaman yang berlaku di Iraq, Iran dan terbaru ialah krisis di Syria di bawah kepimpinan Basyar Al-Assad (ุจุดุงุฑ ุญุงูุธ ุงูุฃุณุฏ) seorang berfahaman ‘alawi. Alawi atau juga dikenali al-ansari atau nusariyyun adalah kelompok Syiah dan mendakwa dari pengikut Imam Hasan Al-Askari.
Mereka ini bukan kelompok ulama (orang awam) dan digelar alawi. Antara golongan alawi yang menjadi pemimpin ialah Prersiden Syria sekarang (Basyar al-Assad). Adakah Basyar al-Assad seorang syiah? Ya, dan dia adalah alawi dari kelompok syiah. Alawi sinonim dengan syiah. Cuma di malaysia, kita sahaja tidak mengetahuinya. Bani Alawi pula, mereka yang mendakwa dari keturunan ahlul bait yang nasab keturunannya mestilah bermula dari Imam ke 6 syiah (7 anak lelaki Ja'far al-Sadiq iaitu Musa al-Kadhim, Ismail, Abdullah al-Aftah, Ishaq, 'Ali al-Uraidhi, Al-Abbas, dan Muhammad al-Dibaj).
Ada juga mengatakan, bani alawi juga dari nasab as-saqqaf, al-haddad, al-attas, al-jufri, al-shatri. Tetapi kebanyakannya Bani Alawi adalah yang mempunyai nasab al-husaini dan tidak ada pendapat mengatakan ia dari keturunan al-hasani. Mereka mendakwa diri mereka ahlu sunnah dari kalangan ahlul bait.
Berbeza dengan Ba’alawi. Ba’alawi ialah satu jalan bertarekat dengan kumpulan ulama bani alawi dan kebanyakan ulama ini dari kelahiran/mendapat didikan pondok di Yaman. Mereka mendakwa jalan mereka adalah ahlu sunnah dari kalangan ulama bani alawi. Di Malaysia terdapat pusat Ba’alawi Kuala Lumpur. Antara ulama Ba’alawi termasuklah Habib Ali Al-Jufri, Habib Umar dan lain-lain.
Pilihan di tangan anda. Anda menentukannya. Syiah atau Sunni?
Kekejaman yang berlaku adalah kerana kekejaman rakyatnya sendiri hasil dari sikap memberontak (mutammarid) dan berlebihan (ghuluw) mereka tersebut.
Sifat Khawarij Ialah Menjatuhkan Pemimpin
Muhammad Soleh Fauzan al-Fauzan hafizahullah pula berkata, "Orang-orang Khawarij menghukum pelaku dosa besar sebagai kafir yang keluar dari Islam, dan apabila mati dalam keadaan tidak bertaubat, maka ia kekal dalam neraka." (Zahiratu Tabdi wa-Tafsik wa-Takfir wa-Zawbituha, Bab 7).
Khawarij adalah golongan mubtadi. Buktinya ialah mereka aktif menghasut rakyat menjatuhkan pemimpin Islam. Mereka tahu bahawa perpaduan terletak pada keteguhan pemerintah dan perasaan cinta rakyat kepadanya. Oleh itu, golongan Khawarij memfitnah pemimpin dan menyeru masyarakat menghancurkan pemerintahan agar perpaduan ummah hancur berkecai.
Khawarij suka mencari-cari kesalahan pemimpin.
Jika tidak ditemui, mereka mula mengada-adakan isu menyalahkan pemimpin serta orang-orang yang bersamanya. Cara mereka melakukan kerja-kerja haram ini ialah dengan memburuk-burukkan kerajaan Islam, menghina dan memalukan pemimpin serta rakyat yang menyokongnya.
Muammar Gaddafi (ู
ุนู
ุฑ ู
ุญู
ุฏ ุฃุจู ู
ููุงุฑ ุงููุฐุงูู) Sebagai Iktibar
Kisah seram sejuk yang berlaku di Libya mengingatkan kita tentang peristiwa Khulafa Ar-Rasyidin yang dibunuh rakyatnya sendiri. Begitulah kepentingan kita kembali kepada Al-Quran dan Hadis apabila bertemu dengan sesuatu permasalahan dan pergolakan negara. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi Shallallaahu 'alaihi wa sallam;
ุฎَِูุงุฑُ ุฃَุฆِู
َّุชُِูู
ْ ุงَّูุฐَِูู ุชُุญِุจَُُّูููู
ْ َُููุญِุจَُُّูููู
ْ َُููุตََُّููู ุนََُْูููู
ْ َูุชُุตََُّููู ุนูููู
َูุดِุฑَุงุฑُ ุฃَุฆِู
َّุชُِูู
ْ ุงَّูุฐَِูู ุชُุจْุบِุถَُُูููู
ْ َُููุจْุบِุถَُُูููู
ْ َูุชَْูุนََُُููููู
ْ ََْูููุนََُُููููู
ْ َِููู ูุง ุฑَุณَُูู ุงَِّููู ุฃَََููุง َُููุงุจِุฐُُูู
ْ ุจِุงูุณَِّْูู ููุงู َูุง ู
ุง ุฃََูุงู
ُูุง ُِูููู
ْ ุงูุตََّูุงุฉَ
“sebaik-baik pemerintah kamu adalah pemerintah yang kamu sayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu. Kamu menunaikan solat atas mereka, dan mereka menunaikan solat atas kamu. (adapun) sejahat-jahat pemerintah kamu adalah mereka yang kamu marah, dan mereka marah kepada kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Berkata (Auf), kami berkata : Wahai Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa sallam; apakah boleh kami boleh menyerang mereka dengan pedang? Berkata (nabi) ; tidak boleh, selama mereka menunaikan solat. (Hadis Sahih Muslim, begitu juga hadis yang sama dari jalur Ummu Salamah)
Taat Pada Pemimpin
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
ู
َْู ุฃَุทَุงุนَِูู ََููุฏْ ุฃَุทَุงุนَ ุงََّููู َูู
َْู ุนَุตَุงِูู ََููุฏْ ุนَุตَู ุงََّููู َูู
َْู ُูุทِุนْ ุงْูุฃَู
ِูุฑَ ََููุฏْ ุฃَุทَุงุนَِูู َูู
َْู َูุนْุตِ ุงْูุฃَู
ِูุฑَ ََููุฏْ ุนَุตَุงِูู
“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)
Ada pula yang mencemuh, kalau pemimpin itu fasiq bagaimana? Harus ada ketaatan jugakah? Maka ada hadis sahih pula menjawabnya iaitu:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam
ََْููู ุงุณْุชُุนْู
َِู ุนََُْูููู
ْ ุนَุจْุฏٌ َُูููุฏُُูู
ْ ุจِِูุชَุงุจِ ุงَِّููู َูุงุณْู
َุนُูุง َُูู َูุฃَุทِูุนُูุง
“Seandainya kalian dipimpin oleh seorang budak (hamba) yang memimpinmu dengan kitabullah, maka dengarkanlah dan taatilah dia.” (Hadis Riwayat Muslim no 3420. Hadis dengan lafaz yang sama juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Ahmad, 28/373, no. 17144. Ad-Darimi, 1/57, no. 95. Dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arnauth)
Dalam riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu menyebuntukan:
ุฅَِّู ุฎَِِูููู ุฃَْูุตَุงِูู ุฃَْู ุฃَุณْู
َุนَ َูุฃُุทِูุนَ َูุฅِْู َูุงَู ุนَุจْุฏًุง ู
ُุฌَุฏَّุนَ ุงْูุฃَุทْุฑَุงِู
“Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) memberi wasiat kepadaku supaya patuh dan taat walaupun yang memimpin adalah seorang hamba yang cacat (hina).” (Hadis Riwayat Muslim, 9/367, no. 3420)
Kemudian timbul pertanyaan, pemimpin sering menganjurkan majlis maksiat. Kita juga ada jawapannya melalui hadis iaitu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
ููุง ุทุงุนุฉ ูู ุงูู
ุนุตูุฉ، ุฅَّูู
ุง ุงูุทุงุนุฉ ูู ุงูู
ุนุฑูู
“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/218, no. 6716)
Benarkah Pernah Ada Demonstrasi Oleh Sahabat Nabi?
Soalan: Ustaz, tolong komen : Sejarah Islam buktikan; Asma' bt Abu Bakar pernah kumpulkan sekelompok wanita menghadap Rasulullah shallallahu alaihi wasallam untuk menuntut beberapa hak yang dimonopoli lelaki antaranya untuk turut sama berjihad. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam terima dan tidak marah dengan perkumpulan secara aman tersebut. Malah tiada ayat diturunkan bagi menghalang perhimpunan sedemikian.
Jawapan Ustaz Fathul Bari: Subhanallah, mereka pergi dengan kumpulan yang kecil untuk bertanyakan tentang hak. Ia BUKAN DEMONSTRASI sama sekali atas beberapa sebab:
1. mereka bukan melakukan perarakan.
2. mereka tidak berkumpul di tempat tertentu,sebaliknya langsung bertemu dengan Nabi.
3. kehadiran mereka secara berkumpulan diterima nabi.
4. Tiada di sana unsur-unsur maksiat seperti:
a. Mengakibatkan kesesakan jalan. sedang Islam menuntut agar hak2 jalan itu diberikan. Seperti: Menjaga mata, menahan diri dari melakukan kerosakan dan lain-lain.
b. Caci maki. Hal ini jelas sukar dikawal. Sedang Islam menuntut kita menjaga lisan sebagaimana Sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam tentang Islam terbaik adalah orang Islam yang menyelamatkan saudaranya dari keburukan lisan dan tangannya (riwayat al-Bukhari)
c. Mendidik manusia agar tidak adil dalam menghukum. Sedang Islam menuntut agar adil dalam menghukum seseorang.
d. Mengumpat.
e. Bercampur lelaki dan perempuan.
f. Pembaziran masa, tenaga dan harta benda.
g. Kemarahan didahulukan sedang Islam menganjur kepada kesabaran.
h. Melanggar hak asasi manusia.
i. Melanggar hak2 pemerintah.
j. Menimbulkan huru-hara sedang Islam sentiasa inginkan keamanan.
k. Menyebabkan kekotoran sedangkan Islam mencintai kebersihan.
l. Menyebabkan ketidakstabilan ekonomi dan kerugian.
m. Mendedahkan diri kepada kemudaratan spt kecederaan dan sebagainya sedang Islam melarang dari mencampakkan diri ke dalam kebinasaan.
n. Terdedah kpd sum'ah (khabar angin) yang tidak baik tentang negara kita di luar menyebabkan golongan kuffar akan mengambil kesempatan.
o. Dikepalai oleh si Kafir yang jelas membenci hukum Islam.bersama2 dengannya akan menguatkan lagi kedudukannya. Sedang Islam perintah agar kita berkasih sayang sesama Islam.
p. Memaki pemerintah sedang Islam melarang kita hina pemerintah.
q. Hawa nafsu didahulukan agama diketepikan.
e. Membongkar keaiban pemerintah di mana ia adalah ciri-ciri khawarij yang dilaknat.
s. Berhimpun untuk menuntut kepentingan diri bukan kepentingan agama.
t. Namimah iaitu melaga2kan sesama manusia dengan menanam kebencian rakyat kepada pemerintah.
u. Mengajar manusia sombong dan bongkak.
v. Menanamkan semangat pemberontakan sedangkan Islam menuntut agar wujud di sana Islah dan perdamaian.
w. Mendidik masyarakat agar terus beriman dengan demokrasi sedangkan kita dituntut menjunjung Al-Quran dan Al-Sunnah sesuai dengan petunjuk salaf melebihi segala-galanya. Keberadaan kita dalam sistem ini, bukanlah bererti kita wajib menerima semua. Sebaliknya kita wajib berusaha sedaya mampu untuk mempromosikan Islam melebihi demokrasi.
x. Menjadikan manusia saling tuduh menuduh tanpa bukti dan asas yang kukuh.
y. Hilang sikap hormat menghormati antara satu dengan yang lain.
z. Menyebabkan manusia muflis di akhirat (sila rujuk hadis muflis) kerana melanggar hak2 manusia.
Dan banyak lagi bukti kemaksiatan DEMONSTRASI. Dengan kehendak Allah, huruf-huruf roman dah habis, jika ada lagi, saya akan terus senaraikan keburukan demonstrasi secara khusus bagi umat Islam.
Tinggalkan ketaksuban kepada mana-mana parti kelompok atau apa saja ideologi. Mari kita kembali kepada Islam yang murni lagi rahmah untuk ummah.
Soalan saya kepada sesiapa yang berhujah dengan hadis ini: adakah perempuan di zaman Nabi terlibat dengan maksiat di atas? Jika tidak, jangan libatkan mereka dengan maksiat kalian. Dan jawapannya sudah tentu TIDAK!.
tqklinikmualij
Post a Comment