Label 10

Home » » MIDNIGHT GEMPAK !! 2 MAUT KENA RENJATAN LETRIK SEMASA PASANG BENDERA PARTI !!

MIDNIGHT GEMPAK !! 2 MAUT KENA RENJATAN LETRIK SEMASA PASANG BENDERA PARTI !!

Written By AAKJ on Sunday, April 1, 2012 | 12:54 AM

Inna lillah wainna ilaihi rojiun.. Al-Fatihah...


Gara-gara bersemangat untuk memasang bendera sebuah parti politik, dua rakan maut di Tanah Merah terkena renjatan elektrik apabila sebatang buluh yang diguna untuk menggantung bendera itu terkena kabel elektrik bervoltan tinggi di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam tadi.

Rosli Hussin, 47, dan rakannya Mohd Daisan Ibarahim, 37, yang terjatuh dan pengsan selepas terkena renjatan elektrik itu, disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Tanah Merah.

Abang ipar seorang daripada mangsa, Che Musa Mamat berkata adik iparnya, Rosli bersama empat rakannya ke kawasan itu untuk mendirikan buluh setingga kira-kira 12 meter untuk menaikkan bendera itu pada pukul 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah DSP Abdul Aziz Mahmood ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu awal pagi ini.

Beliau menasihatkan orang ramai, khasnya penyokong parti politik supaya jangan terlalu ghairah bertindak memasang bendera politik sehingga mengabaikan keselamatan diri.

Sumber : din.huluselangor.net

Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
April 1, 2012 at 12:58 AM

Bendera parti ape yang dinaikkan tu? Bendera BN biasanya dnaikkan disiang hari. Yang naikkan bendera jam 12 tngh mlm tu bendera apa ye?

April 1, 2012 at 1:10 AM

Bendera Bn..arwah adalah pejuang Umno

April 1, 2012 at 4:01 AM

bendera syria

April 30, 2012 at 10:01 AM

bendera sekolah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger