Label 10

Home » » JIJIK 3 SUKU BUAT KECOH DI DATARAN

JIJIK 3 SUKU BUAT KECOH DI DATARAN

Written By AAKJ on Saturday, April 28, 2012 | 12:43 AM



alt

Penyokong BERSIH 3.0 mula membanjiri Dataran Merdeka malam ini walaupun pihak penganjur tidak mendapat kelulusan dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atau memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Sekitar jam 12.15 malam tadi, hampir 300 penyokong BERSIH 3.0 telah berada di premis tersebut dan enggan meninggalkan kawasan ini walaupun selepas jam 12.00 tengah malam.

Suasana agak kecoh apabila para penyokong BERSIH 3.0 mula mengganggu lalu lintas sambil meminta kenderaan lalu lalang membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan ini.

Rujuk kepada rakaman video di youtube, http://www.youtube.com/watch?v=rTFQ8P87B1U&feature=plcp

Sebelum itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah menghalang sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka bermula dari esok, 28 April hingga 1 Mei 2012.

Mahkamah memberi alasan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 tidak diluluskan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di bawah Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

Perintah mahkamah yang dikeluarkan ini juga telah diserahkan kepada Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan pada hari ini yang merujuk Ambiga dan penganjur BERSIH sebagai "Responden".


tq-klpos
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger