Label 10

Home » » AMBIGA CREATE MONSTER CUBA CEROBOH DATARAN MERDEKA

AMBIGA CREATE MONSTER CUBA CEROBOH DATARAN MERDEKA

Written By AAKJ on Saturday, April 28, 2012 | 12:26 AM


LIVE !!! LAGI CUBAAN CEROBOH DATARAN !!!


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berganjak dengan pendirian tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 esok.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan tersebut adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan.

“Kita konsisten dengan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang atas dasar Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah kepada negara.

“Sebelum ini, penganjur seni silat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengemukakan permohonan seumpamanya turut ditolak.

“Begitu juga dengan perhimpunan Bersih 3.0 tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini hari ini. - UTUSAN
Share this article :

+ comments + 2 comments

April 28, 2012 at 12:43 AM

Tangkap saja yg langgar undang2,tunggu apa lagi ???

April 28, 2012 at 1:14 AM

Bagus lah yang comment memula tu...

"Malayu Raya"... itu nama lama Malaysia, sebelum nama Tanah Melayu... Klasik lah lu bro...

Pada yang tak tahu sejarah, "Melayu Raya" ialah nama nama Tanah Melayu. Yang bermaksud "Malayu Merdeka" atau "Melayu Berdikari".

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger