Label 10

Home » » EKSKLUSIVITI VIDEO !! 16 MINIT & 42 MINIT !! PUSAT MURTAD D KELANA JAYA !! DAP TERLIBAT ?!!

EKSKLUSIVITI VIDEO !! 16 MINIT & 42 MINIT !! PUSAT MURTAD D KELANA JAYA !! DAP TERLIBAT ?!!

Written By AAKJ on Thursday, April 5, 2012 | 10:00 AM



Dr Hasan Mohamed Ali semalam mendedahkan bukti video individu Melayu Islam yang pernah keluar dari agama Islam bagi menjawab dakwaan proses pemurtadan orang Islam tidak berlaku. Video yang ditayang di kediamannya menayangkan sepasang suami isteri yang pernah dimurtadkan dan terlibat dengan kegiatan Kristianisasi bersama mubaligh dari Australia.

Berikut petikan dari laporan Malaysian Insiders dari laman web JATI:

Video dengan durasi 16 minit dan 42 minit itu ditayangkan kepada pemberita, manakala video tanpa edit dengan durasi sejam setengah hanya akan ditayangkan kepada pihak berkuasa agama demi menjaga eksklusiviti video berkenaan.

Berdasarkan rakaman video berkenaan, pasangan tersebut yang menggunakan nama samaran Ramli Abdullah, 47, dan isterinya Zakiah Musa, 42, berkata, mereka dihampiri oleh satu organisasi badan bukan kerajaan (NGO) yang bukan berteraskan akidah untuk membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup.

“Kumpulan NGO tersebut memberikan setiap bantuan untuk keperluan hidup seperti tempat tinggal, makan minum, termasuk kereta untuk menarik Muslim menyertai Kristian,” kata Ramli dalam video tersebut.

“Mereka tidak datang secara melulu dan kemudian memperkenalkan Kristian, sebaliknya pendekatan yang digunakan lebih bersifat pendekatan atas dasar kemanusiaan untuk memberikan bantuan dan menjaga kebajikan kami yang mana seterusnya akan memurtadkan orang Islam.”

Jelasnya lagi, kumpulan yang terdiri daripada 20 ke 30 individu tersebut turut membawanya ke satu apartmen di Kelana Jaya untuk dibaptiskan dan diajar cara-cara berdoa seperti masyarakat Kristian.

“Saya diarahkan untuk menerima Jesus sebagai Tuhan dan percaya dia dibangkitkan selepas tiga hari disalib dan sekarang berada di syurga,” katanya lagi.

“Kemudian saya dihantar untuk melanjutkan pelajaran di Singapura dan diberikan kerja. Malah saya turut bertemu dengan kumpulan Muslim lain yang telah di Kristiankan dan jumlah mereka lebih kurang sekitar 200 ke 300 orang dalam satu kumpulan.”

Menurut Ramli, sepanjang penglibatannya dengan kumpulan tersebut sejak 2004, dia turut menjalankan kerja penterjemahan kitab mereka ke dalam bahasa Melayu.

“Saya terlibat secara langsung menjalankan tugas penterjemahan Bible kepada versi bahasa Melayu. Malah saya turut diberikan rumah di Seksyen 4, Kelana Jaya,” katanya lagi.

Antara lain, Ramli turut berkata kumpulan berkenaan turut menghalangnya daripada menukar nama kepada Kristian, sebaliknya menggunakan identiti sebagai Melayu Islam untuk menarik individu lain kepada Kristian.

Isterinya, Zakiah, pula menjelaskan kumpulan tersebut mensasarkan golongan masyarakat Melayu yang menghadapi kesukaran hidup seperti ibu tunggal dan menawarkan bantuan untuk meringankan bebanan ditanggung nereka.

“Kumpulan itu akan pergi kepada kumpulan sasaran mereka atas alasan ingin membantu masyarakat Melayu yang memerlukan bantuan dan kemudiannya memberikan segala kemudahan untuk mereka meneruskan kehidupan,” katanya.

“Kemudian, sedikit-demi sedikit mereka akan ditarik untuk menyertai agama Kristian.”
Satu lagi sedutan laporan JATI:


‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

“Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

“Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

“Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan,” katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur.

Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

“Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga,” katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia. Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu.

Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian. Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

 



http://azmykelanajaya.blogspot.com/2011/11/usaha-memurtadkan-melayu-video-terakhir.html


Gelombang Rakyat mempunyai perspektif menarik isu murtad dalam hubungan dengan Australia sini.


BERSAMBUNG !!
Share this article :

+ comments + 2 comments

April 6, 2012 at 1:49 AM

TUMBANGKAN UMNO PILIHANRAYA INI

UMNO PERASUAH MUSUH NEGARA

NAJIB TAKUT BINI

BN = BANKRAP NEGARA

HANCUR NEGARA INI KALAU SEPENGGAL LAGI JADI PM

Di Bawah Pentadbiran Najib, Hutang Negara Cecah RM437 Billion 4 Oktober, 2011 - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini. “Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.

Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.

Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara. “Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK. "Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,’ katanya.

Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara. “Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh,” kata Anwar.
Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit. Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN. Ia menumpukan usaha mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.

Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?

Gagal Menjadi MB, akhirnya Hasan Ali meroyan bagaikan orang gila

Pakatan Rakyat akan halalkan seks rambang kata Hasan Ali

AGAK memeranjatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasan Ali seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia (Akhbar propaganda Umno).

Hasan Ali yang kononnya membawa imej pejuang Islam sebenar itu, tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kononnya jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, maka Budaya seks rambang, homoseksual, lesbian dan sebagainya akan dihalalkan.

Kamu ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh tak tahu halal haram? Tak tahu hukum?

Kesian melihat gelagat Hasan Ali, tak sangka akhirnya beliau meroyan bagaikan orang gila gara-gara hampa kerana gagal menggapai cita-cita mahu menjadi Menteri Besar Selangor.

Kalau ye pun nak menipu, takkanlah sampai tuduh orang nak halalkan seks rambang dan hubungan sejenis itu bangang namanya kah kah kah...

Konon nak buat gelombang kuasa ketiga. Tapi hasut orang supaya jangan sokong Pakatan Rakyat. Patut kalau "kuasa ketiga" cakaplah pada rakyat jangan sokong Barisan Nasional juga.

Ini bukan kuasa ketiga, ini namanya kontraktor propaganda upahan United Malays No Otak kah kah kah...

ReJaM© "Ingat rakyat Malaysia ni kambeng ke nak halalkan seks rambang? "

April 6, 2012 at 2:27 AM

Huhu kesian wey cai dap sawan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger