Kebanyakan penduduk di Selangor mendesak kerajaan negeri menyelesaikan segera masalah sampah yang dihadapi mereka sejak beberapa bulan lalu.
Walaupun banyak aduan telah dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan, mereka mendakwa, sehingga kini masalah itu masih berterusan dan gagal diselesaikan dengan baik.
Seorang penduduk di Petaling Jaya, Muhammad Razi Abdullah berkata, dia semakin putus harapan dengan sikap ditunjukkan oleh pihak terbabit yang seolah-olah ‘lepas tangan.’
“Jika dahulu sampah diangkat mengikut jadual, tetapi sekarang keadaan jauh berbeza.
“Pernah dalam masa seminggu, hanya sekali lori datang untuk memungut sampah di kawasan perumahan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambah Muhammad Razi, dia difahamkan masalah itu berlaku disebabkan ada di kalangan kontraktor yang bertanggungjawab memungut sampah tidak lagi menyambung kontrak mereka.
Sementara itu, seorang penduduk di Puchong, Yap Ah Kiow pula mengadu bahawa masalah sampah di kawasan perumahannya pernah tidak dipungut sehingga seminggu.
Keadaan itu menyebabkan persekitaran kawasan perumahan tersebut bukan sahaja berbau busuk malah amat menyakitkan mata memandang.
“Masalah sampah tidak dipungut sehingga berulat dan berbau sangat busuk amat membimbangkan kami, para penduduk di sini.
“Diharapkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dapat menyelesaikan masalah sampah di kawasan ini dengan segera,” katanya.
Tambah Ah Kiow, MPSJ perlu memantau kontraktor terlibat agar pemungutan sampah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan.
Perkara sama turut diluahkan seorang lagi penduduk, Chan Chee Hor, berikutan sampah di hadapan rumahnya dibiarkan tanpa dipungut.
“Saya mahu pihak terbabit segera membersihkan sampah-sampah yang ditinggalkan itu kerana dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk.
“Jangan pula disalahkan orang lain jika ada kematian penduduk di sini akibat denggi yang dibawa nyamuk aedes,” ujarnya.sumber sini
KAWASAN AAKJ SENDIRI !! DUN SERI SETIA..ADUN TOLOL PKR TAK PERNAH AMBIL PEDULI...
BACA KAT SINI ;
KISAH 4 LANUN SAMPAH HIDUP MEWAH..BACA D SINI;
KAT SINI KALAU NAK TAHU SIAPA MEREKA ;
Post a Comment