SHAH ALAM 7 Mac — Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Datuk Teng Chang Khim berkata, jawatankuasa itu tidak akan dapat membentangkan keputusan siasatan awamnya mengenai tiga syarikat milik negeri di Dewan Undangan Negeri yang dijadual bermula 19 Mac ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu memerlukan masa untuk memberi perhatian teliti kepada pelbagai isu yang rumit dan teknikal yang dibangkitkan semasa pendengaran terhadap syarikat-syarikat terbabit.
"Pihak jawatankuasa memerlukan masa yang lebih panjang untuk meneliti setiap maklumat yang diberikan daripada pelbagai aspek selain bagi memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan pendengaran Selcat mengenai anak-anak syarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di sini, hari ini.
Selain PKPS, Selcat juga mengadakan siasatan terhadap Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dan pemegang konsesi melombong pasir dan sayap pendidikan negeri, Yayasan Selangor, masing-masing pada Isnin dan Selasa.
Chang Khim berkata, pendengaran awam yang tamat hari ini akan disambung semula jika wujud keperluan.— BERNAMA
APA KATA DATUK SERI NOH OMAR ;
Kenyataan Speaker DUN supaya Noh Omar menulis surat untuk hadir sebagai saksi baru-baru ini hanyalah sebagai satu helah untuk menyelamatkan tengkuk mereka sendiri. Selcat mempunyai 2 prosedur dalam memanggil saksi untuk memberi keterangan. Pertama adalah saksi boleh disapina
Sepina bermaksud sebuah writ dibuat oleh sebuah agensi kerajaan, kebanyakan selalunya sebuah mahkamah, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan testimoni oleh seorangsaksi atau penghasilan bukti di bawah hukuman jika gagal. Terdapat dua jenis sapina:
1- Mengarahkan seseorang untuk memberikan keterangan sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Sapina juga boleh meminta keterangan diberi melalui panggilan telefon atau orang perseorangan.
2- Mengarahkan seseorang atau organisasi untuk membawa bukti jelas sebelum arahan pihak berkuasa atau menghadapi hukuman. Ini biasanya digunakan bagi permintaan-permintaan untuk mengeposkan dokumen-dokumen kepada pihak yang meminta atau secara terus ke mahkamah.
Hari ini Noh Omar mengatakan bahawa SELCAT ini seperti mahkamah kanggaru atau dalam satu istilah lain ialah mahkamah yang tidak telus. Satu persoalan yang kita kena fikir adakah SELCAT ini umpama mahkamah?
Kalau prosiding yang dijalankan seperti sebuah mahkamah, kenapa hanya individu berkepentingan politik sahaja yang terbabit di dalam SELCAT? Kenapa tidak diletakkan bekas hakim yang kelayakannya tidak boleh dipertikaikan lagi. Mengapa tidak diletakkan pegawai tinggi kerajaan yang jelas memahami dasar-dasar kerajaan ataupun prosedur-prosedur tertentu.
Betul apa yang dikatakan oleh Noh Omar, SELCAT adalah "mahkamah kanggaru" yang bertujuan untuk menutup salah laku dan kepincangan kerajaan negeri.

Semalam Pengurus Besar Yayasan Selangor sendiri mengesahkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan dalam pentadbiran Yayasan Selangor.Kita jangan terlupa bahawa Ilham Marzuki adalah kroni yang dilantik oleh Khalid Gagap kerana beliau bukanlah calon utama pilihan jawatankuasa temuduga.Calon utama adalah Razali Tumirin dan Raja Razman.
Ilham Marzuki bukanlah calon yang layak dan sesuai untuk jawatan Pengurus Besar. Kelulusan beliau berlatar belakangkan bidang kejuruteraan elektrikal dan elektronik dan tidak sesuai langsung untuk sebuah anak syarikat yang mengutamakan bidang pendidikan di dalam teras penubuhannya.

Apakah kemahiran yang ada pada beliau jika dibandingkan dengan calon pilihan Panel Temuduga iaitu Razali Tumirin ataupun Raja Razman. Beliau hanyalah seorang konsultant bebas selama 10 tahun. Kriteria utama pemilihan Pengurus Besar dibahagikan kepada 3 iaitu
1- Kelayakan profesional iaitu berkaitan dengan bidang pengurusan aset dan hal ehwal pelajar
2- Had umur sehingga 55 tahun
3- Sekurang-kurangnya kelayakan akademik adalah Ijazah Sarjana Muda.

MEHH BACA DETAIL D SINI ;
Post a Comment