SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) mencabar Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan tender kutipan sampah di negeri ini yang dipercayai mempunyai unsur-unsur salah guna kuasa serta rasuah.
Presidennya, Datuk Dr. Jacob George berkata, ini berikutan pihaknya menerima 30 aduan membabitkan perkhidmatan kutipan sampah di negeri ini termasuk dakwaan berlakunya amalan meragukan dalam proses pemilihan kontraktor di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Menurutnya, berdasarkan penelitian terhadap aduan-aduan tersebut, terdapat asas kemungkinan wujudnya unsur rasuah dan salah guna kuasa terutama dalam proses pelantikan serta pemberian tender berkenaan.
“Sejak April tahun lalu, Cassa telah mengemukakan aduan dan dakwaan tersebut kepada kerajaan negeri termasuk Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong dan PBT.
“Malangnya sehingga hari ini kita tidak mendapat maklum balas dan tiada peluang untuk mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri. Paling dikesali, kerajaan negeri hanya meminta kita menghubungi talian hotline PBT sekiranya terdapat aduan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis mengenai dakwaan salah guna kuasa tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.
Hadir sama mengiringi Jacob membuat laporan polis itu ialah Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari.
Jacob mendakwa, tender untuk kerja-kerja kutipan sampah tersebut dikatakan telah diberikan kepada syarikat kontraktor yang tidak layak dari segi pengalaman, kelengkapan peralatan selain mempunyai kedudukan kewangan yang tidak kukuh.
Malah katanya, terdapat juga syarikat kontraktor yang telah diberikan tender tersebut kemudiannya memberikannya pula kepada syarikat lain yang berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja kutipan sampah.
Selain itu, beliau mendakwa, terdapat sebuah syarikat diberikan tender untuk kerja-kerja kutipan melibatkan tiga zon di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Apakah keistimewaan syarikat tersebut sedangkan amalan pemberian tender seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini yang menetapkan satu zon satu tender, jika benar, ia adalah satu amalan salah guna kuasa.
“Siapa sebenarnya membuat keputusan pemberian tender. Adakah Datuk Bandar, ahli majlis, Menteri Besar atau Exco. Ini satu amalan yang pelik,” katanya.
Tambah Jacob, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok selain mengadakan siri jelajah di seluruh negeri bagi mendedahkan masalah yang dihadapi rakyat ekoran sikap serta salah laku pentadbiran kerajaan negeri sekarang.
AAKJ ada keluarkan cerita bab sampah d Selangor dalam keadaan kritikal sebelum ini..mana kontraktor ??
baca d sini ; Ahli parlimen hanya pikul kamera saja !! nak report ke nak tunjukkan pada rakyat dia buat kerja ??
HEHE DARI BLOG PAPAGOMO :
SEMUA JADI GAAAAA GAAAAPPPPP !!
bersambung..panjang lagi akan d dedahkan...siapa yang banyak dapat tender..
siapa yang jadi RAJA SAMPAH !!
SEMUA AKAN D DEDAH..TUNGGU DEHH
Post a Comment