Label 10

Home » » BAHALOL !! ALASAN KETIKA D TANGKAP KHALWAT.."KAMI AKAN NIKAH" !! S.O.P JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG BERBEZA ?!!

BAHALOL !! ALASAN KETIKA D TANGKAP KHALWAT.."KAMI AKAN NIKAH" !! S.O.P JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG BERBEZA ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, March 27, 2012 | 6:00 PM

KISAH pasangan yang ditangkap khalwat sudah menjadi bahan sensasi akhbar-akhbar di Malaysia sejak tahun 1980-an lagi.

Apatah lagi jika yang kena tangkap basah itu, iaitu gelaran untuk orang yang dicekup berkhalwat, melibatkan penyanyi, pemain bola sepak, ustaz atau ahli politik.


Namun, di sebalik berita pelaris akhbar itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), Musa Awang berpendapat kes khalwat tidak boleh dipandang ringan.

Realitinya, perbuatan khalwat merupakan satu gejala sosial yang merosakkan.

Musa yang berpengalaman selama lebih 10 tahun mengendalikan kes khalwat di mahkamah berkata, kes itu meningkat secara ketara setiap tahun.

"Kes khalwat menunjukkan trend peningkatan sejak tahun 1960-an lagi. Contohnya, pada tahun 1990 ada kira-kira 100 kes tangkapan khalwat di seluruh negara tetapi pada tahun berikutnya meningkat kepada 140 kes," katanya.

Musa memberitahu, walaupun pihak berkuasa agama aktif melakukan serbuan, jumlah individu yang ditangkap kerana disyaki berkhalwat terus bertambah.

Ujarnya, kebanyakan pasangan yang ditangkap khalwat berumur antara 20 hingga 30 tahun.

"Namun, ada juga kes tangkapan khalwat melibatkan lelaki yang berusia 70 tahun dengan gadis berumur belasan tahun padahal gadis itu ibarat cucu mereka sendiri.

"Ini belum termasuk lelaki atau wanita berumur 50-an yang ditangkap bersama pasangan muda masing-masing," cerita Musa.

Peguam syarie ini juga bimbang kerana banyak kes yang dikendalikannya melibatkan pasangan remaja.

Remaja


"Mereka masih bersekolah. Sepatutnya masa mereka diisi dengan aktiviti yang menambah ilmu dan kemahiran, bukannya dengan melakukan maksiat," ujarnya yang berpandangan remaja terbabit harus diberi kaunseling kerana hukuman semata-mata akan membuatkan mereka memberontak.

Beliau menambah, hukuman ke atas pesalah khalwat juga wajar dikaji semula.

Buat masa ini, boleh dikatakan semua negeri mengenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun.

"Hukuman seharusnya lebih tegas jika mahu ia dijadikan pengajaran oleh umat Islam lain," katanya yang percaya antara punca perbuatan khalwat berleluasa adalah disebabkan oleh pergaulan bebas selain kewujudan laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Seorang pakar motivasi yang sering membantu pihak berkuasa melakukan operasi menangkap pasangan berkhalwat di sekitar Lembah Klang, Ahmadi Baharudin mengakui ramai remaja terlibat dengan maksiat itu.

Ahmadi juga kerap menahan pekerja kilang dan pelajar universiti.

"Ada juga yang bergelar suami atau isteri orang. Mereka gemar melakukan perbuatan terkutuk itu di taman tasik serta hotel murah.

"Alasan yang selalu diberikan apabila ditangkap ialah mereka bakal berkahwin.

"Tetapi apabila diminta menunjukkan bukti, mereka memberikan pelbagai alasan," beritahu beliau.

Beliau juga terkejut kerana ada pasangan yang tergamak berkhalwat pada bulan Ramadan.

"Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu jawapan yang diberikan ialah mereka sekadar berbuka puasa.

"Tetapi sebelum itu mereka asyik berpegangan tangan dan berpelukan," ujar Ahmadi.

Beliau berpendapat, langkah terbaik membendung perkara itu adalah dengan mengahwinkan mereka kerana berkahwin dapat mengelak pasangan terbabit daripada terus melakukan maksiat.

"Bagi mereka yang tidak mampu, kerajaan boleh memikirkan cara untuk membantu seperti mengadakan majlis kenduri kahwin beramai-ramai," katanya.

Selain itu, Ahmadi menjelaskan Islam membenarkan lelaki dan perempuan bergaul untuk urusan jual-beli, belajar dan bekerja tetapi ada hadnya.

Alasan


"Islam mengharamkan lelaki dan wanita duduk berdua-duaan tanpa disertai mahram. Islam juga mengharamkan percampuran bebas antara lelaki dan wanita," jelas beliau.

Sementara itu, Penasihat Media, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berpendapat punca individu berkhalwat adalah disebabkan pasangan tidak dapat menahan gelora nafsu masing-masing.

Pasangan yang ditangkap juga sering memberikan pelbagai alasan yang kadangkala tidak masuk akal.

"Antara alasan yang sering diterima ialah mereka ingin membantu pasangan, memberi makan dan berjumpa kawan semata-mata. Semua itu tidak boleh diterima," katanya kepada Jurnal.

Asmawi menambah, pihak berkuasa selalunya akan menyiasat terlebih dahulu setiap aduan khalwat yang diterima sebelum serbuan dibuat.

Ini bagi mengelakkan individu terbabit teraniaya atau dimalukan atas perbuatan yang mereka tidak lakukan. - Kosmo! Online  




AAKJ;


 



Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger