Label 10

Home » » ANAK SAMPAH !! TINGGALKAN IBU TUA D HOTEL BAJET !! YA ALLAH..JAUHNYA SYURGA !!

ANAK SAMPAH !! TINGGALKAN IBU TUA D HOTEL BAJET !! YA ALLAH..JAUHNYA SYURGA !!

Written By AAKJ on Friday, March 9, 2012 | 11:59 AM


ADUHHH ..ANAK JENIS APA NI...

Kepada yang tengok video ni..tampillah untuk bawa ibu ni balik ...perasaan hiba bercampur marah yang teramat sangat pun ada ni...



aku cukup tersentuh tengok makcik ni menangis.

KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.
Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.
Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.


Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.


sumber : mymetro online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger