Home » » AL-FATIHAH !! ADIK NURUL D BUNUH & BAKAR PADA HARI PERTAMA BELIAU HILANG !!

AL-FATIHAH !! ADIK NURUL D BUNUH & BAKAR PADA HARI PERTAMA BELIAU HILANG !!

Written By AAKJ on Thursday, March 15, 2012 | 8:00 AM

 

Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu 
Share this article :

Post a Comment

24 JAM BERSAMA AAKJ

SAHABAT-SAHABAT AAKJ

ADVERTISEMENT

  •  
    Support : | | AAKJ
    Copyright © 2013. AAKJ - All Rights Reserved
    Portal Created by MEDIA SHAH ALAM
    Proudly powered by Blogger