Sel13.com mendedahkan anak syarikat milik penuh kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditangkap membohong dalam usaha mereka menutup pembabitan dua ADUN Selangor dari PKR, Amiruddin Shaari dan Mat Shuhaimi Shafie dalam menerima kontrak pasir melalui syarikat Double Dignity dari KSSB.
Ikuti penafian mereka dalam laporan Harakahdaily dan jawapan balas dari kami:
SHAH ALAM, 9 Feb: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor, menafikan dakwaan bahawa syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd terlibat dalam industri pasir di Negeri Selangor.
Kalau tidak terlibat dengan industri pasir, sini adalah surat yangmana Double Dignity memohon kepada Amiruddin Shaari dan dia merekomen syarikatnya sendiri untuk diberi projek yangmelibatkan korek pasir.
Entahlah! Adakah kontrak pembersihan atau korek pasir dari kolam sebesar kawasan 45 ekar? Kalau melibatkan 45 ekar, itu dah kira penglibatan dalam industri pasir!
Yang menariknya adalah seorang ahli Lembaga Pengarah surat menggunakan letterhead kompeni kepada YB yang berkepentingan dalam syarikat dan YB pula menyokong untuk syarikat dipertimbangkan.
Sendiri sokong sendiri. Bukankah ini salahguna kuasa yang salah dari segi undang2 dan menyerupai perbuatan rasuah?
Menurut kenyataan KSSB, syarikat Double Dignity tidak berdaftar di bawah KSSB dan tidak boleh terlibat dalam aktiviti mengorek dan menjual pasir sama ada atas tanah milik persendirian atau tanah kerajaan.Sila rujuk senarai kontraktor bertarikh 12-2004 yang ditukar untuk mengeluarkan nama Double DIgnity.
Sejak KSSB ditubuhkan pada 2008 yang bertujuan mempelopori industri pasir dan batuan di Negeri Selangor, KSSB ini tidak pernah menerima permohonan dari syarikat Double Dignity untuk menjalankan sebarang aktiviti melibatkan industri pasir di negeri ini.
“KSSB sedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sentiasa bersedia untuk memberi kerjasama kepada SPRM dan pihak berkuasa lain dalam apa jua siasatan yang melibatkan KSSB,” kata kenyataan itu - HarakahdailyYo lah tu ....!!!!
Persoalannya sekarang ialah bagaimana sebuah syarikat krajaan negeri boleh cuba berbohong dan menukar rekod? Ini satu kesalahan dibawah COmpany Act?
Post a Comment