Patrick Wong mengingatkan anak Nasa Jalil yang mati dilanggar lari

... teringatkan ketua jurugambar peribadi Anwar Ibrahim, Muhammad Salman Nasaruddin yang mati kemalangan di depan rumahnya di Seksyen 16, Petaling Jaya hanya beberapa hari menjelang tarikh PRU 2008.

Arwah Salman bukanlah sembarangan orang. Beliau adalah anak lelaki tunggal (disamping adik beradik perempuan lain) dan pewaris utama kepada bekas setia usaha peribadi Anwar Ibrahim tersebut.
Nasaruddin dikaitkan sebagai orang Anwar yang menduduki kerusi pengarah beberapa syarikat berhad dan antaranya ialah MBf. Malah, dalam perakuan berkanun bekas Penolong Gabenor BNM, Nasaruddin disebut sebagai menerima agihan RM10 juta.

Kematian Salman telah disifatkan sebagai langgar lari. Namun persoalan yang belum terjawab hingga hari ini, takkan beliau menghisapkan rokok di tengah jalan?
Jika benar teori kematian Patrick Wong yang dikemukakan oleh RPK, adalah sukar untuk menolak kematian Salman dikaitkan dengan menggunakan kaedah yang sama.
tq-theunspinner
Post a Comment