Label 10

Home » » Penduduk gempar 2 hektar hutan simpan Bukit Seputih terbakar

Penduduk gempar 2 hektar hutan simpan Bukit Seputih terbakar

Written By AAKJ on Tuesday, February 14, 2012 | 11:31 PM



Dua ratus penduduk Taman Supreme Cheras, di sini gempar apabila Hutan Simpan Bukit Seputih Selatan bersebelahan kawasan perumahan itu terbakar selama lima jam, mengakibatkan dua hektar kawasan hutan itu rentung.
Seorang penduduk, Chiew Lian Keng, 48, yang juga Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan berkata beliau pulang ke rumah setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang jiran pada 10.40 pagi. 
"Sejurus tiba, saya mendapati api sedang marak dan menjulang ke langit. Kebakaran itu (pada mulanya) cuba dikawal oleh sebuah jentera bomba.

"Saya hubungi pihak bomba untuk menambah anggotanya sebab saya risau kalau keadaan menjadi tidak terkawal," katanya kepada Bernama, sambil menambah penduduk di situ khuatir api merebak ke rumah mereka.




"Saya lega dan berterima kasih kepada bomba yang bertungkus-lumus selama beberapa jam memadamkan api dan menyelamatkan harta benda kami," kata Chiew sambil menjelaskan ia kejadian kebakaran pertama sejak beliau mula menetap di taman perumahan itu pada 2004.


Penolong Kanan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Cheras Johari Mohd Lazim berkata bomba menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 11.06 pagi.

Katanya lapan jentera serta 54 anggota bomba pelbagai pangkat menyertai usaha memadamkan kebakaran itu.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 4 petang dan punca kejadian masih dalam siasatan. - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger