Label 10

Home » » PEMBONGKARAN SKANDAL ELIZABETH WONG EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

PEMBONGKARAN SKANDAL ELIZABETH WONG EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR?

Written By AAKJ on Thursday, February 9, 2012 | 7:03 PM

eli-helmi

Helmi Malek cuma ikan bilis goreng saja kalau nak dibandingkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR.Namun penahanan ' Azmin Helmi'  di Batam Jumaat lalu yang sudah disahkan sebagai Helmi tentunya akan membuka satu eposid baru dalam isu penyebaran gambar separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong pada tahun 2009.
Lelaki yang beralamat di Ampang ini diketahui adalah boyfriend Elizabeth dan pernah bekerja sebagai pembantu kepada seorang ahli patlimen pembangkang  di Selangor.
Sekalipun Helmi diburu polis sejak tiga tahun lalu kerana isu gambar itu sebenarnya  ada hal lebih besar yang dikatakan belum beres yakni modus operandi pembangkang untuk ' cover line' soal moral pemimpinnya.
Imbas kembali - sebenarnya ramai yang macam nak termuntah apabila tengok aksi pada sidang akhbar Elizabeth di ibupejabat PKR pada 18 Februari 2009 sewaktu kemuncak isu itu hingga sebelumnya  mendorong beliau hendak letak jawatan Exco.
Beliau bukan sahaja diapit oleh sebilangan pemimpin wanita PKR malah mereka berpelukan tanda solidariti dalam menghadapi isu ini.
eli-pkr


Solidariti dalam politik tidak salah - cuma isunya tidak kena langsung - kerana di sebalik isu gambar itu, soal yang cuba dipendam ialah Elizabeth dikatakan bersekedudukan dengan Helmi,seorang ahli parti yang beragama Islam dan sudah beristeri.
Maka secara tidak langsung peluk cium dan hilai tangis soladiriti itu tidak lain tidak bukan seolah mereka mendokong satu perbuatan tidak bermoral - sekalipun Elizabeth bukan beragama Islam.
Alasan mereka ialah Elizabeth menjadi mangsa 'pencerobohan peribadi'  - tanpa mempedulikan dakwaan beliau bersekedudukan dengan seorang lelaki Islam, yang senang-senang boleh masuk keluar rumahnya dan juga boleh mengambil gambar-gambar panas.
Lebih nak buat ramai naik termuntah ialah apabila Elizabeth ' mengsucikan  diri'  melalui pertemuan dengan Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mendapat ' petunjuk'.
Beliau kemudian tampil dengan ayu berbaju kurung memberi ceramah di Kelantan.
Itu semua sejarah. Begitu juga soal Helmi tiba-tiba menghilangkan diri.
eli-nikxx


Memang sebelum ini sudah berlegar cerita mengatakan dia melarikan diri ke Indonesia....dan penahananya di Batam kerana memilik dokumen pengenalan diri palsu mengesahkan cerita itu.
Antara yang menarik untuk diperhatikan sekarang ialah kenyataan Helmi sebab dia lari dan siapa yang membiayainya seperti dilapor oleh portal berita Indonesia Detik
"Saya memilih menetap di Indonesia walaupun izin tinggal telah berakhir karena di Malaysia oleh pihak keluarga dan pimpinan anggota Partai Malaysia menyarankan agar saya berubah dulu di Indonesia. Keselamatan saya tidak lagi terjamin di Malaysia ini terkait dengan ancaman terhadap saya oleh pemerintah Malaysia yang mungkin atau menjadikan saya sebagai tumbal dan alat politik dari pihak yang berkuasa di Malaysia," kata Azmin kepada petugas Imigrasi Batam.
Kalau mengikut kenyataan itu andaian yang boleh dibuat ialah pelarian Helmi ke negara itu adalah  dengan restu keluarga dan pimpinan partinya yakni PKR.
Juga andaian yang tidak kurang menarik ialah tentang siapa yang membiayainya sepanjang tiga tahun berada di sana.
Ini kerana tanpa dolumen yang sah sukar baginya mendapat pekerjaan apa lagi dia juga mengaku sudah ' ronda-ronda sakan' sekitar Indonesia selama ini.
Helmi dipetik memberi alasan kononnya keselamatannya tidak terjamin jika berada di Malaysia dan mungkin dijadikan alat politik oleh kerajaan.
Itu skrip biasa bagi pembangkang apabila menghadapi sesuatu isu begini.
Jangan lupa Anwar sendiri pernah mendakwa keselamatannya terancam masa awal dakwaan kes liwat Saiful Bukhari Azlam hingga lari ke Kedutaan Turki  tetapi tiada siapa yang jentiknya sampai hari ini.
Soalnya kenapa Helmi lari dan tidak serah diri saja pada poliis yang mahu menyiasat kes penyebaran gambar panas Elizabeth.
Rasanya tidak salah jika ada pihak yang membuat andaian tindakan itu untuk elak ' pecah lobang' makin melarat dalam isu berkenaan.
Dan...jika betul pelariannya ke Indonesia mendapat restu dan dibiayai oleh partinya atau sesiapa dalam parti itu...soalnya sudah tentu mengapa dan apa yang hendak disorok sangat.
Helmi pasti ada jawapannya...mungkin juga Elizabeth dan PKR.
Siapa agaknya yang paling berdebar sekarang?
Namun jangan hairan jika semuanya buat kering saja. Apa nak hairan...tengok saja lagak bos besar boleh buat bodoh saja dengan kes video seks 99.9 persen tulen yang belum beres - 9/2/2012



SAH :Azmin Helmi  itu adalah Helmi Malek, bekas teman lelaki Eli Wong
KEMASKINI : Polis Malaysia telah mendapat pengesahan daripada Polis Indonesia lelaki yang ditahan di Batam dengan menggunakan nama Azmin Helmi adalah Helmi Malek yang diburu sejak tahun 2009 kerana kes gambar  separuh bogel Exco Kerajaan Negeri Selangor.Elizabeth Wong.

Hal ini dinyatakan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah Rabu.

Namun Polis Malaysia menyerahkan kepada pihak Polis Indonesia melengkapkan siasatan kesalahan dilakukan Helmi di negara berkenaan.

Helmi yang juga ahli PKR diketahui adalah teman lelaki Elizabeth Wong menghilangkan diri sejak timbul isu penyebaran gambar separuh bogel exco berkenaan.-8/2/2012



Hampir pasti bekas teman lelaki Eli Wong...cuma polis belum sahkan
Walaupun kalau ikut cerita media Indonesia mengenai Azmin Heli, boleh kata 99.99 peratus lelaki yang sama diburu polis berikutan penyebaran gambar tak senonoh Exco Selangor Elizebert Wong, tapi secara rasminya pihak berkuasa Malaysia belum terima pengesahan daripada polis Indonesia mengenai identiti sebenar lelaki tersebut.
Media sebelum ini heboh mengenai penahanan Azmin Heli itu selepas Sekreteriat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor keluar kenyataan sedang meneliti laporan mengenai lelaki tersebut, yang dipercayai bekas teman lelaki  Elizabeth Wong yang disyaki terlibat menyebar gambar bogel wanita itu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata Kepolisan Negara Republik Indonesia (POLRI) masih belum mengesahkan penahanan lelaki itu yang didakwa dilakukan oleh pihak berkuasa Batam, Indonesia, Jumaat lepas.
"Setakat ini masih belum ada pengesahan daripada pihak Indonesia mengenai tangkapan tersebut. Diai masih dikehendaki polis Kuala Lumpur untuk bantu siasatan kes yang melibatkan Elizabeth Wong," katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.
Bernama melaporkan, Ku berkata sekiranya benar lelaki yang dikehendaki PDRM sejak 2009 itu ditahan, PDRM akan berurusan dengan POLRI melalui saluran yang tertentu.
Akhbar tempatan Selasa melaporkan lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pihak berkuasa Batam, Indonesia ketika dia cuba memperbaharui pasport dengan menggunakan kad identiti dan sijil lahir palsu di Jabatan Imigresen Batam.
Pemeriksaan lanjut pihak berkuasa Indonesia terhadap lelaki itu kemudian mendapati dia warga Malaysia dan mendakwa dirinya adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada Februari 2009, Hilmi yang merupakan bekas pembantu seorang pemimpin politik PKR di Selangor, diburu bagi menyelesaikan kontroversi penyebaran gambar bogel Wong yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.
Bagaimanapun, Hilmi yang ketika itu tinggal di Jalan 4H, Ampang Jaya, Selangor gagal dikesan kerana menghilangkan diri ke luar negara ekoran terbongkarnya skandal itu.-7/2/2012

BERITA SEBELUM INI
Pejabat MB keluar kenyataan kes lelaki yang ditahan di Indonesia
Jarang sekali Seketeriat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan media bersifat 'mengejut' sebab selalunya apabila isu berbangkit macam Yayasan Selangor dan banyak lagi sunyi seribu bahasa.
Namun petang Isnin, satu kenyataan media dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyentuh laporan media mengenai seorang lelaki yang mengaku ahli parti itu ditahan di Indonesia kerana cuba buat pasport negara itu menggunakan identiti palsu.
Berita yang tersebar sejak dua tiga hari itu juga mengaitkan lelaki dengan nama Indonesia Azmin Heli itu sebagai individu yang sama dicari polis berikutan tersebarnya gambar tak senonoh milik seorang exco Selangor.
Pejabat MB Selangor dalam satu kenyataan petang Isnin berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi ke atas kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.
Perkara itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan dengan kadar segera.
"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu.
Lelaki tersebut ditangkap oleh Imigresen Indonesia pada 2 Feb atas dakwaan memiliki pengenalan diri palsu dan tinggal melebihi masa yang dibenarkan.
Ketua Imigresen Batam, Gindo Ginting berkata, lelaki itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan ketika sedang membuat urusan passport di pejabat Imigresen, Jumaat lalu.
"Pemeriksaan mendapati, dia memiliki pasport Indonesia, kad pengenalan dan kad keluarga palsu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Batam. Suspek juga memiliki passport Malaysia.
"Dia menggunakan nama Azmin Helmi dan berasal dari Kuala Lumpur dengan alamat terakhirnya Jalan 4H, Ampang dan dilahirkan pada 27 Mei 1975," katanya yang dipetik dari portal Detiknews.com.
Menurutnya, lelaki berkenaan memasuki Indonesia melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009.
"Setelah disoal siasat, Helmi didapati tinggal lebih dari jangka masa yang dibenarkan menggunakan visa sementara. Dia juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa," katanya.
Gindo berkata, suspek memberitahu dia dinasihatkan tinggal sementara di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam kerajaan Malaysia.
Katanya, selama dia melarikan diri ke Indonesia perbelanjaannya ditanggung parti itu dan keluarganya.-6/2/2012
Kenyataan penuh
LELAKI DITAHAN DI INDONESIA: KERAJAAN NEGERI TELITI LAPORAN SEBELUM TINDAKAN SUSULAN
Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Exco Kerajaan Negeri, Yb Elizabeth Wong.
Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia  memberi implikasi kepada kerajaan,  pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.
Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.
Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.
Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya  tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

tq-agendadaily
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 11, 2012 at 8:13 AM

Elizabeth Wong tak perlu letak Jawatan ker...??? atau nak senyap cam tu jeer...???

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger