Pembangkang menimbulkan isu berkenaan penggunaan simpanan RM1.5 billion wang EPF bagi menyediakan pinjaman perumahan kepada mereka yang bergaji rendah yang tidak layak untuk pembiayaan bank.
Blogger Hantu Laut melihat isu yang ditimbulkan Tony Pua sebagai anih memandangkan Pakatan Rakyat membuat akuan mereka membela rakyat. Harap perkara ini dicanangkan oleh media.
Seluruh dunia samada di negara maju atau membangun, kerajaan bertanggungjawab membantu mereka yang berpendapatan rendah dan yang perlu bantuan mendapatkan injaman murah atau sewaan rumah murah.
Di Britain, mereka boleh duduk di rumah council. Pada tahun 1979, Britain memperkenalkan undang-undang membenarkan penyewa membeli rumah.
Di Singapura, HDB sudah begitu berjaya dalam menawarkan rumah kepada yang berpendapatan rendah dan kemudian HUDC untuk berpendapatan sederhana.
Apa salahnya untuk EPF yang mempunyai dana sebanyak RM400 billion untuk melabor dalam pinjaman bagi yang berpendapatan rendah. Jumlah RM1.5 billion tidak sampai pun 1& portfolio dana EPF untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Pelaburan EPF yang lain boleh merudum, tetapi pinjaman ini yang dijamin oleh DBKL atau Majlis Tempatan selamat.
Di mana agaknya kepandaian Tony Pua yang kononnya belajar juga di Oxford. Kononnya pinjaman ini bertentangan dengan Akta EPF. Adakah dia sudah baca betul-betul AKta EPF yang jelas tiada menyatakan demikian, malah Lembaga Pengarah EPF diberi kuasa untuk menentukan jenis pelaburan yang mahu dilabur.
Tony hanya mahu menimbulkan isu politik untuk propaganda yang memakan diri sendiri. Ternyata DAP berpura-pura berjuang untuk si miskin tetapi dalam masa sama menafikan hak mereka untuk kehidupan yang lebih baik. INi adalah retorik kapitalis tanpa simpati dan hati budi.
Kalau demikian, perlu kita semua fikir kembali akan janji-janji berikut yang pernah mereka ucapkan:
1. Merendahkan harga bahanapi dengan memberi lebih banyak subsidi.Bolehkah dilakukan?
2. Menurunkan harga makanan dan keperluan dengan menambahkan subsidi.
3. Meningkatkan royalti minyak ke 20% ke Sabah dan Sarawak.
4. Menghapuskan toll lebih raya.
tq-theunspinner
+ comments + 1 comments
ke empat empat janji PR ini untuk dinikmati oleh golongan kaya semakin senang.
Post a Comment