Label 10

Home » » LYNAS !! STOP & SAVE MALAYSIA DARI PENZINA !! FOTO YANG DATANG SEMUANYA LULUSAN SASTERA !!

LYNAS !! STOP & SAVE MALAYSIA DARI PENZINA !! FOTO YANG DATANG SEMUANYA LULUSAN SASTERA !!

Written By AAKJ on Sunday, February 26, 2012 | 9:38 PM


APA ITU NADIR BUMI..JANGAN DOK BACA KARANGAN BLOGGER YG CEDOK MERATA DOL..



Persepsi berat sebelah kilang nadir bumi

TIADA yang pelik apabila kerajaan menubuhkan satu panel bebas yang terdiri daripada pakar antarabangsa untuk membuat kepastian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kilang pemprosesan nadir bumi milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. di kawasan perindustrian Gebeng, Pahang.

Ada yang berpendapat langkah tersebut diambil kerana tekanan daripada pihak yang membantah kerana kilang tersebut akan mengeluarkan sisa yang mempunyai radiasi tahap rendah. Memang benar telahan tersebut seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan projek-projek yang boleh menjejaskan keselamatan rakyat.

“Apa yang patut dilakukan berdasarkan prinsip utama, bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat tak akan dikompromi, kita juga tak akan benarkan (kilang tersebut) pra-operasi sehingga keputusan muktamad dibuat,” tegas Perdana Menteri ketika mengulas penubuhan panel bebas tersebut. Jaminan yang telah diberikan Najib adalah manifestasi kerajaan bahawa tiada perkara yang perlu disembunyikan mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi itu.

Mungkin ramai tertanya-tanya mengapakah isu kilang di Gebeng ini tiba-tiba mendapat perhatian, sedangkan urusan pembinaan telah bermula sejak akhir tahun 2007 lagi dan kini hampir 80 peratus siap. Terdapat beberapa bantahan pada ketika itu tetapi isu tersebut tidak menarik perhatian media dan rakyat seperti yang berlaku hari ini yang telah mencetuskan fenomena ketakutan.

Tidak dapat dinafikan masalah kebocoran radiasi loji nuklear Fukushima, Jepun dan ditokok tambah dengan rencana berat sebelah mengenai bahaya loji nuklear telah mengapi-apikan lagi sentimen perasaan takut terhadap bencana yang bakal dihadapi akibat sisa kilang nadir bumi di Gebeng.

Begitu juga dengan hujah yang mengatakan sisa nadir bumi akan memudaratkan kesihatan kerana radioaktif, selain menyembunyikan fakta seperti langkah pencegahan yang telah diatur juga akan memberi gambaran berat sebelah. Memang benar sisa kilang nadir bumi mempunyai radiasi tetapi kehadiran elemen tersebut dapat dikawal dan dikekang supaya tidak memudaratkan manusia.

Pihak yang membantah juga gemar mengemukakan hujah bahawa hanya negara China mempunyai kilang memproses nadir bumi kerana negara tersebut tidak mempunyai kawalan keselamatan dan alam sekitar yang ketat. Pihak yang sama juga menegaskan nadir bumi yang akan diproses di Gebeng berasal dari lombong Mount Weld, Australia Barat tetapi diproses di Malaysia.

Gambaran yang cuba ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.

Tetapi perlu ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass, California.

Tetapi dengan kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus pengeluaran nadir bumi pada hari ini.
Oleh kerana elemen nadir bumi banyak digunakan dalam komponen peralatan termaju seperti bateri kereta hibrid, peranti komunikasi seperti ipad dan peluru berpandu pintar maka nadir bumi dianggap sebagai bahan komoditi strategik. China sebenarnya telah banyak kali menggunakan nadir bumi sebagai ugutan dengan menyekat bekalan bahan tersebut kepada negara yang bertelagah dengan Beijing.

Besar kemungkinan kilang memproses nadir bumi Mountain Pass akan mula beroperasi pada 2012 dan seperti mana kilang Lynas di Gebeng, langkah pencegahan dan keselamatan telah disusun untuk memastikan kemudaratan sisa nadir bumi tersebut dapat dikawal. Sebenarnya telah berlaku kebocoran sisa kilang Mountain Pass pada 1998 dan banyak pengajaran telah dipelajari supaya kesilapan serupa tidak berulang pada hari ini.

Begitu juga dengan masalah kilang nadir bumi di Bukit Merah milik Mitsubishi Chemicals yang terpaksa ditutup pada 1992, sebenarnya banyak pengajaran dan iktibar yang boleh diambil. Memang benar proses pembersihan masih belum tamat walaupun sudah 20 tahun berlalu tetapi yang penting langkah pengawalan tetap diteruskan. Pengawalan kebocoran radiasi adalah satu langkah yang berterusan kerana kebocoran loji nuklear Chernobyl umpamanya selepas 25 tahun berlaku, proses pembinaan hadangan masih belum tamat.

Jika hendak dihalang semua teknologi yang mengeluarkan sisa radioaktif, maka secara logiknya penggunaan kuasa nuklear untuk meraih elektrik juga perlu disekat. AS telah belajar daripada kesilapan memberhentikan pembinaan loji nuklear akibat peristiwa kebocoran loji Three Mile Islands pada 1979 kerana hari ini AS jauh ketinggalan dalam hal ini. Pada ketika ini hanya 20 peratus kuasa elektrik AS dihasilkan melalui tenaga nuklear berbanding dengan Perancis sebanyak 80 peratus. 

Begitu juga dengan penutupan kilang Mountain Pass sebenarnya lebih banyak memberi kemudaratan kepada AS yang mahu menjana kuasa yang lebih mesra alam.

Agak begitu ironis kerana sebahagian besar aktivis yang membantah adalah pihak yang sama memperjuangkan kempen menyelamatkan bumi, sedangkan komponen nadir bumi adalah kritikal untuk peranti mesra alam. 

Begitu aneh jika ada yang menggunakan peranti ipad untuk menyalurkan maklumat bantahan pembinaan kilang Gebeng, sedangkan nadir bumi yang akan diproses banyak digunakan dalam ipad tersebut.

Penulis ialah GeoStrategis Institut Teknologi dan Sains GeoSpatial (INSTEG), Universiti
Teknologi Malaysia.



 YB Che Rosli ..PAS
TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.
Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau “malu” dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.



KUALA LUMPUR, 22 April — Lynas Malaysia Sdn Bhd berkata kajian semula panel bebas terhadap kilang nadir bumi di Gebeng akan membantu menangani kebimbangan orang ramai terhadap aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar berhubung projek itu.
“Lynas yakin kajian itu akan mengesahkan semula yang kilang itu selamat dan tidak membahayakan kepada komuniti atau pekerja Lynas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dipetik Bernama Online, Lynas berkata syarikat difahamkan bahawa kajian akan siap dalam masa sebulan dan dipercayai tidak akan memberi kesan dengan jangkaan tarikh siap projek itu.



 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar. 


Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya. 



Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear. 



Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu. 



Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya." 



Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti. 



Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin." 



"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah." 



Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas. 



"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam." 



Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa." 



Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu. 



"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena." 



Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas. 



"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya." 



Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat. 



"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment." 



Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu. 



"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung." 



Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang. 


LIHAT SIAPA YANG DATANG..SIAPA YANG FAHAM..SIAPA YANG NAK MENIPU DAN TERTIPU !!





Budak-budak sekolah mana ni ?? depa reti ke apa itu Nadir Bumi ?? apa yang Lynas buat depa tahu ke atau mereka d tuba dengan cerita menakutkan seolah-olah Lynas ni LOJI NUKLEAR ??

Kalau budak-budak ni ambik subjek sastera maka susahlah depa nak paham..kecuali mereka ambik upah datang..maaf..aku tak nak tuduh tapi aku tanya je ni..

Deretan bas kilang dok susun d sepanjang "benteng"..orang lama kuantan dia tahulah kat mana benteng tu..nak kata budak kuantan..takkan ramai ni je pelajar sekolah d kuantan hehe

Siap awek seksi datang dengan pakai legging tu..nak aku letak semua gambar seksi ke dol..?

TAPI YANG PASTI..NIH..HANG TENGOK..TIN MILO WAJIB ADA DOL...!!


Cuba pikir betul-betul..siapa yang dok jaga tabung khairat ehhh tin milo ni..budak-budak...sapa yang suruh budak-budak ni ??

Kemana depa nak bawak duit ni ?? nak declare masa mesyuarat agung mana ?? mesyuarat tingkap ??
Fikirlah sendiri..asyik kena tipu je hang semua...

Bersambung..aku akan ke china sendiri untuk dapatkan maklumat tepat tang projek Nadi Rakyat ni..ehhh Nadir bumi hehe

KEBETULAN...STOP LYNAS KE STOP ZINA HUHU ;



IKUTI APA KATA BINI-BINI BADRUL..:

Share this article :

+ comments + 1 comments

February 26, 2012 at 10:00 PM

STOP PELIWAT DARI TERUS MELIWAT..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger