Label 10

Home » » KARPAL SINGH DAN DAP TAK HORMAT DAN HINA ISLAM, AKHIRNYA ANAK NIKAZIZ SEDAR TAPI NIK AZIZ BUAT TAK TAHU MUNAFIK POLITIK SORANG NI?

KARPAL SINGH DAN DAP TAK HORMAT DAN HINA ISLAM, AKHIRNYA ANAK NIKAZIZ SEDAR TAPI NIK AZIZ BUAT TAK TAHU MUNAFIK POLITIK SORANG NI?

Written By AAKJ on Tuesday, February 14, 2012 | 5:00 PM


Anak kepada wali selipar mursidol Am PAS,telah mengesahkan bahawa PAS memang gagal berdakwah terhadap DAP. Buktinya Karpal persoalkan tindakan PAS mengesa agar hari velentine diharamkan.

Atas dasar hak asasi manusia dan prinsip pakatan,tindakan PAS sebenarnya sekadar melepaskan batuk ditangga,mengkritik Karpal hanyalah sekadar cukup syarat. Korang bayangkan jika Karpal berdehem dan Kit Siang batuk batuk didepan Presiden PAS,sudah pasti mencicit lari kesemua pemimpin PAS ketakutan.

Tak percaya lepas ni kita tengok pula PAS akan tarik balik kata kata mereka terhadap Imam Karpal.

Tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tak bersetuju dengan niat PAS menentang sambutan Hari Kekasih dianggap sebagai perbuatan yang tidak menghormati agama Islam.
Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Ia bukan hanya pendirian Pas, ia pendirian semua umat Islam. Semua pihak mesti terlibat mendidik dan menyeru umat Islam kepada kebaikan beragama.

“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah,” katanya menerusi status terkini di laman sosial Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dipercayai berkait dengan tindakan Karpal yang menggesa Pas menarik balik pendirian membantah sambutan Hari Kekasih pada 14 Februari ini kerana ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.

Karpal seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar hari ini dipetik berkata, pendirian Pas itu tidak boleh dipertahankan kerana sambutan Hari Kekasih diterima umum dan disambut hampir di semua negara.

Menurut Karpal, DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih bukan satu langkah yang baik dan tindakan Pas juga bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan.

Dewan Pemuda Pas pada 7 Februari lalu, menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk dengan menyiarkan iklan anti sambutan hari tersebut bagi mencegah umat Islam menyambutnya.-UtaraNews


tq-pisau
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger