Label 10

Home » » HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO PENGHINAAN NABI JUNJUNGAN KITA, PAS PEMUSNAH ISLAM?

HINA RASULULLAH MURTAD!! NIK AZIZ SIAP ADA VIDEO PENGHINAAN NABI JUNJUNGAN KITA, PAS PEMUSNAH ISLAM?

Written By AAKJ on Monday, February 13, 2012 | 9:07 AM


Hamza diekstradisi ke Arab Saudi

Seorang kolumnis akhbar dari Arab Saudi, Mohammad Najeeb A. Kashgari yang ditahan pihak berkuasa Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada Khamis lalu telah dihantar pulang ke negara asalnya kira-kira pukul 3 petang semalam.

Difahamkan, lelaki yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23, itu dihantar pulang selepas segala proses dokumentasi ke atasnya selesai.
Beberapa pegawai penguat kuasa Arab Saudi ditugaskan untuk mengiringi Hamza yang dikatakan menaiki pesawat Saudi Arabian Airlines.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Hamza dihantar pulang berikutan permintaan daripada kerajaan Arab Saudi.
Beliau berkata, ia merupakan amalan yang dipraktikkan apabila membabitkan individu yang dikehendaki sesebuah negara lain.

"Mohammad Najeeb dihantar balik mengikut perjanjian yang sedia ada ini. Tuduhan yang akan dikenakan adalah urusan pihak berkuasa Arab Saudi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu, Hishammuddin turut mengesahkan yang penahanan Mohammad Najeeb dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

Kelmarin Kosmo! melaporkan, Hamza yang melarikan diri dari negaranya selepas mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW pada sambutan Hari Maulidur Rasul ditahan selepas masuk ke negara ini pada Selasa lalu.

kosmo
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger