Pemimpin DAP buat hal samakan wartawan dengan 'pelacur'
INI sudah lebih, bila seorang pemimpin DAP melabelkan wartawan sebagai 'pelacur' sehingga memaksa Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) meluahkan kekesalannya dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP yang melabelkan wartawan sebagai "pelacur".
Setiausaha Agung NUJ V. Anbalagan dalam satu kenyataan berkata kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.
Beliau berkata kenyataan Hew telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan online.
"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam," katanya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad melaporkan Hew telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.
Anbalagan berkata Hew sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.
"Hew sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.
"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Hew dan Tan kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.
"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu," katanya.-
tq-agendaily
Post a Comment