Label 10

Home » » GAMBAR !! CINA PEKERJA KFC MINTA MAAF DENGAN BUDAK CINA YANG KENA PIJAK ?!! GAMBAR !!

GAMBAR !! CINA PEKERJA KFC MINTA MAAF DENGAN BUDAK CINA YANG KENA PIJAK ?!! GAMBAR !!

Written By AAKJ on Friday, February 24, 2012 | 6:00 PM

KFC mohon maaf pada mangsa kekasaran di i-City
Pihak pengurusan KFC Malaysia hari ini bertemu dan memohon maaf kepada pelanggan Danny Ng, yang telah dikasari oleh kakitangannya di cawangan i-City di Shah Alam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Presidennya,  Alan Au berkata rangkaian makanan segera itu juga memohon maaf  kepada semua pelanggan pada hari kejadian kerana khidmat yang tidak memuaskan oleh kakitangannya dan kesulitan yang dihadapi mereka.

Ng dan keluarganya bertemu dengan pihak pengurusan KFC petang ini dan menerima permohonan maaf tersebut.

Au berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian tersebut dan memberi jaminan bahawa ia berkaitan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan dan bukan kerana apa juga sebab lain.

Ada Cina rupanya kerja KFC. Jawatan besar pulak tu, Timbalan Presiden.

Begitulah syarikat Melayu atau GLC. Jawatan tertinggi dalam syarikat tu mesti ada bukan Melayu.

Kalau syarikat Cina pula, memang ada Melayu pegang jawatan tinggi. Tetapi sebagai Ali Baba. Nak buat keputusan untuk syarikat pun tak boleh. Hanya boneka.

Tapi kebanyakan masyarakat Cina anggap KFC adalah syarikat orang Melayu. Sebab tu kadang-kadang ada elemen rasis dimainkan oleh pihak tertentu semata-mata untuk bungkuskan syarikat yang dikatakan milik Melayu.

Sama seperti roti Gardenia. Selagi bukan milik Cina 100%, maka selagi itu dinamakan 'syarikat Melayu'. Mereka lupa ada jugak orang Cina berkerja di syarikat Melayu malah pegang jawatan tinggi.

MyMassa selalu tengok, bahawa dalam perniagaan juga wujud elemen rasis. Contohnya orang Cina ramai yang isi minyak di Shell, Esso atau BHP. Kurang isi minyak di Petronas. Kalau pembaca tak percaya, cuba buat pemerhatian sendiri. Kira dalam satu masa, berapa ramai orang yang isi minyak di Petronas, sama ada Cina atau Bukan Cina (Melayu dan India).

Mungkin benar kata orang bahawa Orang Cina maju dalam perniagaan kerana bangsa mereka membeli di kedai orang Cina. Orang Melayu pulak tak menerapkan elemen macam tu. Mereka suka beli di kedai Cina kerana murah walaupun ada kedai Melayu yang dekat dengan murah. Sebab itu perniagaan kaum Melayu sukar untuk maju.

Jadi, kalau orang Melayu nak maju, mereka perlu bantu bangsa mereka sendiri sebagaimana orang Cina buat berdekad-dekad lamanya. Asyik nak harapkan Kerajaan sahaja, sampai bila ia mampu bertahan.


*Mungkin orang Melayu lupa konsep kejayaan Hijrah Nabi Muhammad SAW. Orang Ansar dan Muhajirin bantu membantu antara satu sama lain.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger