*Murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera, Sumba Timur terpaksa menyeberangi sungai tanpa pakaian semasa pergi dan balik dari sekolah
SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.
Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.
Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.
Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.
Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam.
Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.
Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.
"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.
"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.
Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.
"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya.

sumber:http://utusan.com.my
ISU KUFUR NIKMAT ?!!
HIASE
Baucer Buku RM200 1 Malaysia : Statistik & InfoRingkas
- Baucer buku ini diberi kepada setiap pelajar yang mana mereka akan menerima sebanyak 4 keping (setiap keping RM50) bersamaan dengan RM200
- Tempoh tamat penggunaan baucer buku RM200 : 31 Mac 2012
- Kerajaan dah belanjakan sekitar RM300 juta untuk bantuan Baucer Buku RM200 1Malaysia
- Lebih 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi di seluruh negara yang dapat manfaatnya
- Pemberian berdasarkan pembentangan Bajet 2012
TAZKIRAH GITAR KARAN : SAMBIL DENGAR TAPI JANGAN LALAI HEHE :
"Syukurlah terhadap nikmat Allah jika kamu sungguh-sungguh menyembah kepada Nya."
(Surah an-Nahl, ayat 144)
"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
(Surah Ibrahim, ayat 7)
Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.
(Surah As-Saba': 13)
+ comments + 1 comments
Suka Ustaz Azhar Idrus Tengok video kat bawah tu. Video kegemaran Ustaz Azhar Idrus. Tazkirah Gitar karan. Hahaha...
http://assassincyber.blogspot.com
Post a Comment