Abu Hurairah ra. menuturkan hadis:
"Siapa yang makan dengan (memperalat) ilmu, Allah membutakan kedua matanya (atau wajahnya di dalam riwayat ad-Dailami), dan neraka lebih layak untuknya". (HR Abu Nu‘aim dan ad-Dailami).
"Akan berlaku tenggelam/gempa/kemusnahan, penukaran rupa (penjelmaan) dan lontaran batu dalam umat ini. Seorang lelaki dari kaum muslimin berkata: Bilakah yang demikian itu akan berlaku wahai Rasulullah s.a.w.? Beliau bersabda: "Apabila lahir biduanita-biduanita, alat-alat muzik dan di minum khamar (arak)."
-(H/R Tirmizi dan Ibn Abid Dunya. Lafaz hadis ini menurut riwayat Tirmizi. Lihat Sahih Sunan At-Tirmizi 180-2323, Sahih Al-Jaami' As-Shaghir 4273 dan Silsilatul Ahadis As Sahihah - Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani)
MENTERI BESAR TERENGGANU WAJIB JAWAB !!
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wa Sallam bersabda : “Dua suara terlaknat di dunia dan di akhirat: “Seruling-seruling (muzik-muzik atau nyanyian) ketika mendapat kesenangan dan rintihan (ratapan) ketika mendapat musibah.” (Dikeluarkan oleh Al-Bazzar dalam Musnad-nya, juga Abu Bakar Asy Syafi’i, Dhiya’ Al-Maqdisy, lihat Tahrim ‘alath Tharb oleh Syaikh Al Albani halaman 51-52).
"Kebinasaan bagi umatku (datang) dari ulama su’, mereka menjadikan ilmu sebagai barang dagangan yang mereka jual kepada para penguasa masa mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi diri mereka sendiri. Allah tidak akan memberikan keuntungan dalam perniagaan mereka itu." (HR al-Hakim).
Ibn Abi Hatim menuturkan dari jalan Sufyan ats-Tsauri, dari Abu Hayan at-Taymi, bahawa ulama' itu juga ada tiga golongan.
Pertama: orang yang takut kepada Allah dan mengetahui hukum-hukumNya. Itulah orang alim yang sempurna.
Kedua: orang yang takut kepada Allah tetapi tidak mengetahui hukum-hukumNya.
Ketiga: orang yang mengetahui hukum-hukum Allah, tetapi tidak takut kepadaNya, dialah orang alim yang jahat (al-alim al-fajir).
Pada ulama su’ atau fajir, ilmu yang dimiliki tidak dijadikan penuntun. Ia tidak beramal sesuai dengan ilmu yang ia ketahui.
Asy-Syathibi mengatakan, “Ulama su’ adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui.”
Abu Muslim al-Khaulani mengatakan, bahawa ulama itu ada tiga jenis:-
Pertama: seseorang yang hidup dalam ilmunya dan orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya itu.
Kedua: seseorang yang hidup dalam ilmunya, tetapi tidak seorang pun hidup bersamanya dalam ilmunya itu.
Ketiga: seseorang yang orang lain hidup bersamanya dalam ilmunya, tetapi hal itu menjadi bencana baginya.
Diriwayatkan dari Jabir r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku tidaklah melarang mengeluarkan air mata (menangis), akan tetapi aku melarang dari dua suara yang bodoh lagi fajir. Suara ketika mendapat nikmat, iaitu gurauan, permainan, dan senandung syaitan. Dan suara ketika mendapat musibah, iaitu tamparan wajah, koyakan baju dan jeritan syaitan.” (Diriwayatkan oleh at-Timidzi dalam Sunan-nya, dan ia menyatakan bahawa hadis ini hasan. Juga diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, dan juga ath-Thahawi dalam Syarh al-Ma’aani. Hadis ini turut dihasankan oleh Syaikh al-Albani di dalam Sahihul Jami’)
BAB ULAMA SUU' TU KENA TANYA GURU AKU..AKU PUN BERTALLAQI DENGANNYA..MASUK INBOX DIA DAN TANYA :
Rujhan Abdul Rahman PENGERUSI BIRO AGAMA NADI RAKYAT MALAYSIA
Post a Comment