MUSLIMAH PAS AKAN MENARI JOGET LAMBAKK DI MAHKAMAH RAYUAN LAA PULOPSSS KIH KIH BODDO !!
Dalam pada itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihaknya akan mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Dengan segala bukti yang ada, saya akan mencadangkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya meneliti semula kes dan mempertimbangkan rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu ke Mahkamah Rayuan,” katanya ketika temu bual eksklusif bersama TV3, semalam.
Walau bagaimanapun, beliau berkata langkah pertama yang akan dilakukan oleh pihaknya adalah memohon mendapatkan penghakiman bertulis untuk menilai semula semua alasan sebelum meneruskan apa-apa rayuan.
Menurut prosedur undang-undang, permohonan rayuan mestilah dibuat dalam tempoh 10 hari daripada keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah tersebut.
Pada 9 Januari lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membuat keputusan lisan ringkas yang hanya memakan masa tidak sampai lima minit.
Sementara itu, yang menemubual Mohd Yusof melaporkan sebarang keputusan untuk apa-apa rayuan bergantung kepad penghakiman bertulis hakim.
“Tetapi kita perlu penghakiman bertulis untuk membuat keputusan sama ada merayu atau tidak,” katanya.
Para pejuang kebenaran dan keadilan di alam siber mestilah dari sekarang memberikan input yang positif bagaimana keadilan sudah diperolehi oleh Anwar di Mahkamah Tinggi. Mereka sudah pun berpesta. Namun, kita juga hendaklah bersedia dengan keputusan di Mahkamah Rayuan nanti. Jika Saiful menang, maka kumpulan Anwar akan mengatakan semula adanya konspirasi, mereka akan menuduh semula Mahkamah tidak adil, mereka akan merusuh semula. Bagi mereka keadilan apabila Anwar dibebaskan, ketidakadilan apabila Anwar dipenjarakan,
Namun tidak begitu sebenarnya, selepas keputusan under five minutes itu, Saiful juga perlu diberi keadilan untuk membuat rayuan. Jika Saiful menang, itulah juga keadilan dan itulah juga haknya sebagaimana Anwar sudah juga mendapat hak keadilannya.
Anda kena bersedia dengan insiden Para Muslimat PAS akan menari Joget Lambak lagi, dan para Muslimat PAS akan bersalam dengan semua orang baik yang bukan muhrim juga. Tak kan Mursidul Am akan keluar Fatwa baru Halal Bersalam dengan Bukan Muhrim...atau Halal Berjoget Menayang Punggung dan dot dot Muslimahnya..bayangkanalah PAS hari ini selepas dinodai oleh Dapsy...
Post a Comment