Label 10

Home » » MUHYIDDIN YASSIN - MAJLIS PEGUAM BERPIHAK PADA ANWAR !!

MUHYIDDIN YASSIN - MAJLIS PEGUAM BERPIHAK PADA ANWAR !!

Written By AAKJ on Friday, January 13, 2012 | 7:05 AM


DARI RAKAN FACEBOOK !!
TERIMA KASIH !


Kes liwat: Majlis Peguam berpihak kepada pembangkang - Muhyiddin!

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Majlis Peguam kelihatan lebih berpihak kepada kepentingan pembangkang apabila menyuarakan pendapat berhubung keputusan kes liwat melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lepas.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Majlis Peguam dilihat mementingkan pembangkang apabila meminta Pejabat Peguam Negara tidak merayu terhadap keputusan mahkamah itu, yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Beliau berpendapat, Azlan Mohd Lazim, bapa Mohd Saiful Bukhari mempunyai hak untuk memohon Pejabat Peguam Negara mengemukakan rayuan terhadap pertuduhan itu bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya.

"Itu suara seorang bapa yang kita tahu mahu anak beliau mendapat pembelaan yang secukup-cukupnya dan saya fikir ini tidak bertentangan dengan proses undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan restoran yang menyertai Program Menu Rakyat 1Malaysia di kawasan Wangsa Maju di sini hari ini.
Share this article :

+ comments + 2 comments

January 13, 2012 at 8:34 AM

adakah peguam2 (majlis peguam)ni mmg bodoh atau buat2 bodoh.... ??heh2 x kesahlah mana satukan yg penting BODOH...

January 13, 2012 at 12:57 PM

ada baik dan ada jahatnya... mereka tahu apa yang mereka buat.... hehx99.... will see... coming soon

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger