Label 10

Home » » LIVE DARI SPRM !! 650 PEMBELI RUMAH MURAH BUAT LAPORAN !! SIAPA PEGAWAI MB SELANGOR YG TERLIBAT ??!!

LIVE DARI SPRM !! 650 PEMBELI RUMAH MURAH BUAT LAPORAN !! SIAPA PEGAWAI MB SELANGOR YG TERLIBAT ??!!

Written By AAKJ on Thursday, January 12, 2012 | 8:00 PM



Setelah berbagai usaha dibuat termasuk membuat laporan polis terhadap dakwaan kira-kira 650 orang yang mendakwa ditipu untuk membeli rumah murah di Selangor, hari ini membuat laporan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat dakwaan mereka serta membela mereka, yang terdiri dari golongan mereka yang berpendapatan rendah.

Laporan dibuat oleh Azlan Lam, yang merupakan salah seorang yang ditipu untuk membeli rumah  di Taman Harmoni, Balakong. Turut serta ialah Presiden Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

“Hari ini kita mahu membantu kira-kira 650 orang pembeli rumah murah di Selangor yang telah ditipu oleh kerajaan negeri. Sebelum ini kita telah membuat 45 laporan polis dan hari ini kita hadir ke Ibu Pejabat SPRM atas lontaran idea dan desakan yang dibuat oleh EXCO Kerajaan Negeri yang mahukan kami membuat laporan di SPRM.

Kes ini melibatkan kira-kira 650 orang yang teraniaya, di mana setiap orang telah membayar tidak kurang RM2100.00 dan kes ini melibatkan seorang yang kononnya kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor. GAPS menggesa SPRM menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi, di peringkat Pejabat Menteri Besar Selangor dan di Lembaga Perumahan Dan Hartanah Kerajaan Negeri Selangor,” ujarnya kepada pemberita bersama sekumpulan pembeli rumah yang ditipu di perkarangan Ibu Pejabat SPRM sebentar tadi.

Azlan Lam, wakil pembeli rumah ini menyatakan rasa kesal dengan sandiwara Haji Yatim, kononnya Pegawai Khas Menteri Besar  Menteri Besar selain janji-janjinya untuk menyelesaikan masalah pembelian rumah kos rendah di Taman Botani Klang, Taman Selayang Mulia, Taman Harmoni Balakong dan Taman Intan Cheras.

“Beliau (Haji Yatim) mengaku bahawa beliau adalah Pegawai Khas MB dan ia telah memperdaya ramai orang. Sehubungan dengan itu, kami berharap agar pihak SPRM dapat menyiasat Haji Yatim kerana tidak mahu lebih ramai lagi yang terpedaya dengannya.

Kes ini bermula pada tahun 2009, daripada permohonan sehingga beliau memberikan surat tawaran kepada kami. Tawaran yang diberikan, kami memang layak memandangkan kami dari keluarga yang berpendapatan rendah. Tapi tak sangka kami juga ditipu,” ujarnya.

Seorang lagi pembeli, Azam Sakimon cukup kecewa dan merasa benar-benar tertipu dengan kerajaan negeri dan mereka yang menggunakan nama PKR untuk menipu mereka yang sangat-sangat memerlukan rumah ini.

“Saya cukup terkilan dengan kerajaan negeri Selangor yang tidak bertanggungjawab. Apa yang saya nampak sekarang, harapan kami untuk memiliki rumah sendiri semakin tipis kerana di pihak kerajaan negeri, tidak ada siapa pun yang nak bertanggungjawab, semua nak lepas tangan.

Mula-mula dulu pun, mereka datang cakap dia orang kuat PKR. Haji Yatim Abu Bakar, dia cakap dia Pegawai Khas Menteri Besar. Kita pun percaya, dengan dokumen yang cantik dia menipu pun smart jugalah,” turut mengakui bahawa ada unsur ugutan dari Haji Yatim, kerana jika pembeli tidak mampu membayar pendahuluan dalam 5%, ramai lagi orang yang nak beli rumah tersebut.

Dalam masa yang sama, GAPS melihat tindakan Haji Yatim sebagai satu tindakan yang menyalah guna kuasa, dengan mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas MB. Melalui tindakannya itu, dia bukan menipu soerang tetapi kira-kira 650 orang telah terpedaya dengan sandiwaranya itu.

“Ini sangat menyedihkan, dan ia melibatkan dengan orang yang bertugas di pejabat MB Selangor. GAPS mendesak agar perkara ini diselesaikan dengan segera. Adalah amat malang jika Pejabat MB Selangor dikaitkan dengan penyelewengan seperti ini.

Kerajaan negeri harus membantu 650 orang pembeli yang teraniaya ini, sekurang-kurangnya memulangkan semua duit deposit RM2100 kepada mereka,” ujarnya lagi.

tqsahabatgunung
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger