Label 10

Home » » BERITA BAIK UNTUK PENIAGA KOMPLEK PKNS SHAH ALAM !! JAM 3 PM ESOK DATO NAJIB BUKA KAUNTER "KHIDMAT BN" JUMPA ANDA SEMUA!!

BERITA BAIK UNTUK PENIAGA KOMPLEK PKNS SHAH ALAM !! JAM 3 PM ESOK DATO NAJIB BUKA KAUNTER "KHIDMAT BN" JUMPA ANDA SEMUA!!

Written By AAKJ on Thursday, January 12, 2012 | 9:00 PM




Kompleks PKNS sebuah mercutanda di ibunegeri Selangor, malah bangunan ini banyak membawa pelbagai nostalgia kepada bekas-bekas siswa dan siswi UiTM serta wargakota bandaraya Shah Alam. Sebut saja Kompleks PKNS Shah Alam, semuanya tersenyum, cukup meriah dengan pelbagai aktiviti peniaga-peniaga kecil-kecilan dan ruang pejabat. Sentiasa sibuk dan hiruk pikuk di masa kemuncak. Sebuah bangunan yang dibina untuk memberi ruang dan luang seluas-luasnya kepada orang Melayu berniaga dalam sebuah kompleks membeli-belah.

Tempat orang Melayu mencari rezeki dan merangkak-rangkak bersaing dalam dunia perniagaan yang tidak pernah mesra Melayu. Kadar Sewanya rendah tapi masih memberikan unjuran keuntungan 4% setahun kepada kerajaan negeri Selangor, tapi itu dulu, semasa Barisan Nasional memerintah kini PKR Selangor menjual bangunan itu kepada Amanah Raya dan kadar sewa telah dinaikkan sebanyak 100%


Hancurlah segala impian dan cita-cita orang Melayu, terbantut segala perkembangan dalam penguasaan dunia perniagaan peruncitan dan pemborongan. Di atas nama Ketuanan Rakyat, mana mungkin impian Melayu menjadi Tuan di tanah warisan nenek moyang sendiri, Melayu hanya layak dijadikan bahan ejekan, cacian, kejian dan di pandang hina.

Esok selepas solat Jumaat, Perdana Menteri akan berada di PKNS untuk berjumpa dengan peniaga-peniaga Melayu yang tertekan dengan keputusan Kerajaan Khalid Gagap yang menaikkan sewa mencecah 100% bermula 1/1/2012. Sewa dinaikkan  tanpa membuat satu perubahan drastik untuk membantu menaikkan hasil jualan para peniaga.


DETAIL STORY :
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 24, 2012 at 5:01 PM

Saya mewakili lebih 100 peniaga Melayu yang masih menunggu giliran untuk memulakan perniagaan di Kompleks PKNS.
Ada di antara kami yang dah menunggu lebih 5 tahun. Namun, sampai hari ini hajat nak berniaga secara halal masih tak kesampaian. Ini kerana, menurut PKNS langsung tidak ada satu lot yang kosong. Yang peliknya, ada pula peniaga di kompleks itu yang ‘buat bising’ bila harga sewa dinaikkan. Setahu kami, walaupun lepas kadar sewa dinaikkan di kompleks, ia masih lagi murah berbanding Plaza Alam Sentral dan SACC. Kami pula hanya menanti peluang untuk berniaga. Bagi mereka yang merasakan kadar sewa terlalu tinggi, berikut sajak luahan hati kami:

Beri Peluang Kepada Peniaga Baru!

Al kisah kompleks lama Shah Alam,
Terkenal dengan kain dan tudung,
Bumiputera dinamik,maju di ilham
Tempat ramai perniaga berlindung.

Subsidi sewa berkurun kurun,
Pengunjung lebih 10 juta setahun,
Pelbagai ofis sekitar dibangun,
Komplennya masih bisnes menurun.

Ini yang aku pelik tak faham
Sewa murah, nak berapa lama?
Dah 30 tahun subsidi di baham
Kenapa masih orang yang sama?

Banyak penyewa, pendatang ke Selangor,
Ada yang bukan warga Negara,
Anak tempatan, masih menganggur,
Anak Selangor, Warga Malaysia.

Menunggu giliran berkurun lama
Tidak diberi, peluang berniaga,
Kalau sewa dah murah sangat,
Peniaga baru tidak ada peluang!


Inilah Melayu yang tak mau berdikari
Dah kaya pun masih mentaliti subsidi
Punya kereta menjalar, duit seguni
Rumah banglo mewah plus dua bini


Duit rakyat menanggung subsidi sewa
Dah sewa murah, pengunjung berjuta
Masih tak laku, tak payah berniaga
Rakyat 5 juta pun ada hak juga!!!

Kepada PKNS tuan punya Kompleks,
Kami merayu menunggu giliran,
Sanggup bayar sewa lebih,
Asalkan Melayu berdaya saing!

Yang Benar:
Zahid Kamaruzaman
kzahid83@gmail.com

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger